Menggunakan bahan terpakai di rumah iaitu kotak polisterin wanita ini menjadikannya sebagai tapak untuk kebun sayurnya.
Macam-macam ditanam oleh Suriani Lin Mat Din dalam kotak tersebut, kailan, sawi, bayam, salad, cili dan pelbagai lagi untuk makanan sekeluarga. Memang teruja melihat sayur-sayurnya yang subur.
Cara penanaman ini kata Suriani sudah hampir tiga tahun dipraktikkan. Ujarnya jika kotak polisterin tidak bocor, ia akan dijadikan untuk penanaman hidroponik. Sekiranya bocor, kotaknya akan jadi tempat penanaman sayur yang mudah dijaga.
Ini hasil tanaman dalam kotak polisterin terpakai yang diusahakan beliau.
Tanam sayur kaedah hidroponik guna bahan kitar semula
Dalam pada itu Suriani juga turut menunjukkan cara menanam sayur menggunakan bahan kitar semula yang dipraktikkan.
Ads
1. Bahannya kotak polisterin bersama penutupnya, botol air, dan tali mop.
2. Potong dua botol, ambil bahagian atas dan tebuk lubang pada penutup.
3. Buat lubang pada penutup kotak polisterin kemudian letak botol yang ditebuk tadi secara terbalik. Letak tali mop melalui lubang penutup botol dan simpul supaya tak melurut nanti. Nanti akar sayur akar tumbuh melaluinya.
4. Kemudian boleh isi dengan sedikit cocopeat. Setelah itu tanam anak benih sayur.
5. Isikan air baja AB dalam takungan dan sayur tadi di atasnya (yang ini saya gunakan tray terpakai sebagai takungan). Pastikan bancuhan baja ikut arahan yang diberikan. Guna air paip yang ditakung semalaman, air hujan atau air yang ditapis untuk membancuh baja AB.
Ads
6. Tambah air baja bila dah tinggal separuh. Letak set ini di tempat yang teduh, contoh tepi rumah. Elak terkena hujan (tempias tak mengapa) supaya air baja tak melimpah.
Boleh lihat perkembangan pokok salad yang ditanam guna kaedah ini.
Masuk saja rumah terus nampak dapur. Ini suasana kebanyakan ruang rumah. Sedangkan orang perempuan sebenarnya tak suka ruang dapur ‘see through’. Maklumlah ada masa keadaan dapur berkecah.
Sebab itu ramai yang akan buat divider atau pembahagi ruang yang juga berfungsi untuk lindungi ruang dapur. Boleh buat divider sekali gus tutup terus dengan dinding konkrit tapi mungkin makan modal. Bagi yang belum ada bajet mungkin boleh ikut idea perkongsian Zamrina Hashim
Idea DIY divider dari kayu pallet
Menggunakan kayu pallet, dia memisahkan ruang dapur dengan ruang makan dan ruang tamu sekali gus melindungi bahagian dapur dari terus dilihat sebaik pintu rumah dibuka.
Bahan yang digunakan
– Kayu palet 11 batang – RM 14 sebatang
– L shape bracket & skru
Pastikan kayu palet sesuai dengan ketinggian siling.
2.Untuk lekatkan kayu palet dengan siling dan lantai guna L shape bracket. Boleh beli kedai hardware atau Mr DIY.
3. Bahagian atas & bawah.
Siap! Boleh sapu varnis atau cat untuk mencantikkan lagi divider.
Dalam posting yang sama ada juga netizen berkongsi idea kreatif mereka membuat pembahagi ruang.
Ramai yang suka makan ikan sungai. Ikan patin contohnya kalau masak tempoyak atau masak asam memang terbaik.
Tapi satu masalah bila nak sediakan ikan patin ni kalau tak kena gaya akan rasa hanyir. Memang akan spoil mood nak makan.
Sebenarnya untuk mengelakkan rasa hanyir ini ada petua yang kena kita praktikkan selain dari basuh dengan asam jawa dan penggunaan tepung gandum.
Namun begitu ramai yang tak tahu akan cara ini. Ia dikongsi oleh Rosniza Hussin. Menurut beliau untuk mengelakkan bau hanyir ketika menyediakan masakan ikan patin kita perlu mencari ‘urat’ ikan ini.
Berwarna putih seakan benang, 4 urat ini terlebih dahulu perlu dibuang semasa membasuh ikan patin atau ikan duri. Beliau juga turut berkongsi caranya.
1. Semasa membersihkan ikan patin yang dipotong cari urat di celah-celah isi ikan. Bila terjumpah, tarik dan buang menggunakan pisau.
2. Bila dah jumpa, senang saja untuk keluarkannya, cuma tarik.
3. Ini dia urat yg buat ikan patin kita bau hanyir.
Selain ikan patin, perkara yang sama boleh dipraktikkan untuk ikan duri atau ikan sembilang.
Sayur kangkung selalu guna untuk masakan tapi kalau di rumah ada banyak sangat sayur ini kita boleh olah menjadi bahan lain yang cukup berguna untuk tanaman pula
Sayur kangkung ini rupanya boleh dibuat baja organik yang sangat baik untuk pertumbuhan anak pokok pokok buah atau pun anak pokok sayur. Tak perlu susah-susah dah nak beli baja.
Cara untuk buat baja dari kangkung ini dikongsi oleh Pyan Sempoy.
Cara mudah buat baja organik cecair, guna kangkung
Cara paling mudah nak buat baja/vitamin/booster/MOL (Mikro Organisme Lokal) atau POC (Pupuk/baja Organik Cair). Khusus untuk pertumbuhan anak pokok (buah-buahan/sayuran berbuah) & juga pokok sayur berdaun (sawi/kailan/bayam/salad dan lain-lain).
Bahan yang wajib ada cuma kangkung 1kg (lebih kurang) dan & juga gula merah 1kg (lebih kurang). Ada 2 bahan ini saja pun dah boleh buat.
Tapi saya tambahkan nasi basi yang dah diperam 3-4 hari & juga air basuhan beras. Alang-alang barang dah ada saya campur sekali.
Cara membuat
Potong kecil kangkung kemudian masukkan dalam bekas atau balang. Nak guna apa pun boleh asalkan boleh ditutup rapat.
2. Susun selapis selapis kangkung & gula merah, boleh juga gaulkan dulu semua sekali kangkung & gula merah baru masukkan dalam bekas.
3. Akhirnya sekali letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari direct. Letak tempat gelap pun boleh.
4. Selepas 2 minggu dah boleh, nak bagus lagi peram sampai sebulan baru guna.
Cara penggunaan
Cara guna MOL ini boleh dengan disiram ke media/tanah & juga disembur pada keseluruhan pokok terutama bawah daun tapi jangan lupa bancuh dulu dengan air bebas klorin. Boleh siram/sembur seminggu sekali.
Untuk siraman
– Bancuh 50ml pati MOL dgn 2 liter air untuk pokok kecil atau
– Bancuh 100ml pati MOL dgn 2 liter air untuk pokok yang dah besar sikit
untuk semburan (foliar)
– Bancuh 5-10 ml pati MOL dgn 1 liter air, kepekatan ikut keadaan & umur tanaman.