Dalam kegembiraan kita menyambut cuti sempena Hari Kemerdekaan esok dan membuat persediaan menyambut hari raya Aidiladha lusa, harapnya kita tidak terlupa bahawa esok 31 Ogos juga merupakan Hari Wukuf atau Hari Arafah buat yang mengerjakan jemaah haji.

Pada hari ini semua jemaah haji akan berkumpul di Arafah yang menjadi kemuncak ibadah haji.  Terdapat banyak ganjaran yang termaktub dalam al-Quran tentang hari Arafah ini.

Keistimewaan Hari Arafah

1.Diluputkan dosa setahun dan dosa pada tahun akan datang

Pada hari ini umat Islam digalakkan berpuasa sunat kerana ganjaran yang cukup besar. Diriwayatkan dalam sebuah hadis:

“Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Ads

Keistimewaan Hari Arafah /Wukuf Esok! Hari Doa Paling Mustajab

2. Doa Paling Mustajab

Pada hari ini ambillah kesempatan menadah tangan memohon doa kerana hari wukuf adalah waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Ads

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah ‘Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Waktu Untuk Berdoa

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu Maghrib.

Ads

Hari Arafah di Malaysia pada tahun 2017 jatuh pada 31/08/2017 mulai jam 12.21 tengah hari ( Khutbah Arafah ).

Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah khususiyyat (perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah, bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu.

Sumber: Seksyen Syariah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI