Pelakon Zizie Izette selamat melahirkan cahaya mata pertamanya semalam. Zizie dan suami, Datuk Bung Moktar Radin yang juga ahli Parlimen Kinabatangan menerima anak kembar lelaki. Syoknya!!!
Berita gembira ini dikongsi oleh Zizie dalam laman instagramnya petang ini.
Ads
“Saya jangka akan bersalin pada hari ini tapi mereka keluar lebih awal melalui pembedahan semalam, 29 Disember pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi, dengan berat 2.74kg untuk bayi pertama dan 2.78kg untuk baby kedua. Alhamdulillah mereka sihat.”
Demikian tulis Zizie, dalam status di instgram miliknya. Dalam pada itu suaminya Datuk Bung Moktar turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan.
Status yang dimuat naik oleh pasangan ini turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga netizen. Zizie bergelar ibu pada usia 39 tahun selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar.
Pada hari ini, kehidupan seseorang itu boleh menjadi popular sekiranya mempunyai ramai pengikut di laman sosial. Bagi Amalin, remaja berusia 13 tahun, dirinya terkenal dan selalu diperhatikan kerana mempunyai 69,000 follower di instagram.
Bergelar instafamous, tak hairanlah apabila kisah hidup Amalin menjadi perhatian. Baru-baru ini, Amalin muat naik gambar dan kapsyen yang dia dicederakan oleh seseorang.
Justeru, orang ramai mulai meneka orang yang memukulnya ialah teman lelaki Amalin sendiri. Ini berikutan ada kapsyen yang berbunyi ‘lagi satu jgn cari lelaki yg jenis kaki pukul’.
Perempuan jangan jadi bod**
Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuk lah lagi 🙂 kau nk lepas geram dgn perempuan nanti carilah aq, jgn pukul girls girls lain ok. Btw thank you for those yg dm, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, i will reply as soon as posibble ???♥️ i really appreciate it, niat cuma nak nasihat perempuan lain jgn jadi bod** je, tak sangka mcm ni. Btw girls take care of yourself okay, jgn jadi mcm kita 🙂
Terima kasih lah kepada yg talam tu, fitnah le lagi okie banyak banyak ☺️?? buat kat aq tak apa, aq maafkan. Jgn buat dekat org lain, aq ni bukannya baik sgt tapi setakat nak ingatkan dosa memfitnah tu berat tu boleh lah eh ☺️ lagi satu jgn cari lelaki yg jenis kaki pukul 🙂 u better move on
Disebabkan Amalin masih bersekolah, ramai yang bersimpati dengan nasibnya yang cedera pada bahagian mulut dipercayai dipukul. Jadi, ramai follower yang merasakan lebih baik Amalin menumpukan pada pelajaran berbanding bercinta. Usianya masih terlalu muda.
Sayang usia muda
Ini semua cinta monyet je
Banggakan mak ayah dulu
Terlalu muda untuk bazirkan masa
Terkini, Amalin sudah memadam status-statusnya. Mungkin keadaan sudah kembali tenang. Namun apa pun, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat gadis seusianya. Pada hari ini, bukan menjadi seseorang yang popular apatah lagi di laman sosial. VK mengucapkan selamat maju jaya untuk Amalin.
Satu ketika dulu Mira Filzah pernah memasang angan-angan menjadi pengacara program Nona terutama selepas melihat Maya Karin menjadi hos.
Malah beberapa kali juga melalui uji bakat tapi waktu itu nasib belum menyebelahi dirinya.
Namun selepas terlibat dalam bidang lakonan, rezeki untuk mengacara program itu terbuka luas tanpa perlu uji bakat dan sebagainya. Untung kan…
Dan semalam, dalam satu sidang media Nona 2018, Mira Filzah secara rasmi diumumkan sebagai hos untuk program tersebut.
“Mimpi jadi nyata!” demikian kata Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman dalam instagram miliknya bila apa yang pernah diangan-angankan dulu benar-benar jadi realiti.
Alhamdulillah, thank you tv3 and Nona team for giving me this precious opportunity to be the host for Nona 2018. Dreams do come true.
Dalam hati Mira pernah terdetik sendiri nak mengacara program Nona masa Mira tengok Maya Karin mengacara Nona beberapa tahun yg lepas. Beberapa kali juga Mira pernah pergi casting utk mengacara di bwh Media Prima. 4 ke 5 tahun lepas, ada program Pengacara Jemputan Nona, Mira pernah cuba, selepas tu ada casting utk program2 di TV9 (Sis TV9, Safiyya), pun Mira cuba!
Tapi mungkin bukan rezeki lagi masa tu tambah lagi Mira tgh sambung degree. Kalau dpt jadi host masa tu mungkin degree tu tak habis kot?! ? Indeed, Allah is the best planner. Peluang dlm bidang pengacaraan terbuka sendiri selepas Mira terlibat dlm bidang lakonan, tanpa casting dan sebagainya. I am reaaaally grateful for this. ? .
All i ask is for some space. Space for me to improve myself and to learn. Semua org ada first time, semua org pernah rasa “nervous” tu mcm mana. Sejujurnya i am not that talented pun to be a host, hahahha ??? (i admit myself!) but tah mcm mana angan angan kanak kanak ribena kan! But i’m willing to learn and i would do anything to improve myself to be a better person in future. InshaAllah.
Adanya Mira Filzah sebagai hos mungkin lepas ni kita lebih teruja tengok Nona.
Kalau lalu depan kedai Daiso di shopping mall selalunya orang perempuan akan singgah. Kalau dah masuk tu macam-macamlah yang dibeli. Kadang-kadang tak guna pun tapi sebab cantik dan murah kita beli! Gitulah perempuan kan…
Tapi daripada beli barang-barang ntah apa-apa. lebih baik kita beli barang yang disenaraikan dalam perkongsian daripada Amirah Anuar ini. Memang praktikal dan berguna di rumah, murah pulak tu. Ada yang kita tak tahu barang ini wujud!
Barang berguna yang boleh kita beli di Daiso pada harga RM RM5.57
1. Cat repellent (Penghalau kucing)
Ini bukan racun! Kucing berak merata-rata elok la beli ni utk kesejahteraan bau bauan
2. Pembeku minyak masak
Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dlm tong sampah. kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke alam flora, di sarankan beli ni untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar
3. Pengasing sampah di sinki
Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah di sinki untuk kesejahteraan longkang.
4. Konjac puff untuk cuci muka ala spa
Nak cuci muka ala-ala dekat spa bleh la guna konjac puff ni. Kalau tgk benda alah ni dlm plastik mcm batu keras gila. Tapi dah rendam air jadi lembut. Boleh la facial dekat rumah.
5.Magic sponge, bersih kasut anak
Tgk magic sponge ni mcm tak ada apa je. Tapi dia ni power sangat. Tak payah pakai sabun. Rendam air tonyoh je. Bukan sahaja utk kasut. Untuk lantai/dinding yg meninggalkan kesan degil sgt berkesan. Watermark pon berkesan.
6. Sabun mesin basuh
Mesin basuh siapa yang tak pernah cuci kotoran degil sblh dalam-dalam tu elok la pakai ni. Ada beberapa jenis dkt daiso. Boleh tgk yg ni dan 1 lagi tu.
7. Agen pembersih paip berkeladak
Nak bersihkn dlm-dlm paip tu boleh guna ni. Letak seketul je boleh keluar la lemak lemak keladak-2 dalam paip tu.
8. Penyangkut baju space limited
Bukan penyangkut baju biasa² ye. Yang mmg limited space elok sangat pakai ni. Nak lagi yang buat concept open wardrobe. Sangat-sangat membantu dengan limited space yang ada.
Silakan share kalau rasa barang-barang ni bermanfaat untuk semua!
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...