Macam mana ya tanam pisang terbalik? Sebenarnya ini adalah kaedah tanaman yang digunakan oleh pekebun Thai.
Ada banyak kelebihan bila tanam pokok pisang menggunakan kaedah ini. Antaranya anak pokok pisang atau sulur yang tumbuh lebih banyak, pokok juga lebih kukuh dan paling menarik pokok pisang yang ditanam dengan cara terbalik ini berbuah rendah.
Bagi yang nak cuba cara tanam pisang terbalik boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Joran Sempoi.
1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.
2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.
3. Begini keadaan umbi yang dah dibuang akar halus.
4. Gali lubang dan masukkan umbi tadi dalam keadaan terbalik dan kambus paras-paras saja.
5. Siram pagi dan petang setiap hari. 2 sulur dah kelihatan.
6. Keadaan anak pokok pisang lebih kurang sebulan.
7. Bila pokok dah besar dan banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok saja. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Joran Sempoi.
Kalau Tikar Getah Selalu Koyak, Kita Cat Lantai dengan Epoxy. Kemas & Jimat!
Bagi rumah yang lantainya simen, biasanya kita akan alas dengan tikar getah untuk nampak lebih cantik.
Tapi masalah tikar getah ini ia mudah koyak dan perlu diganti baru. Tapi sekarang selain tukar tikar getah ada saja alternatif lain yang kediaman yang mempunyai lantai simen.
Boleh guna teknik cat lantai menggunakan cat epoxy. Lebih kemas dan cantik. Boleh buat sendiri dan siap dalam masa sehari seperti yang dilakukan oleh Man Masyitah.
Kali pertama menggunakannya selepas disaran oleh rakan netizen untuk menggantikan tikar getah yang sudah koyak menurut Man Masyitah caranya juga cukup senang.
Cat epoxy ganti tikar getah lama
Sorry u all since posting sy pasal cat epoxy ganti tikar getah lama yg koyak tu bertubi-tubi comments masuk. Sorry tak dpt nak response semua comment coz terlalu banyak sangat.
Saya pun baru 1st time cat epoxy ni di rumah yg saya sewa ni. Sebelum ni pakai tikar getah jer. Idea ni dapat dari member kita jugak dalam group ni thanks ya..
Cat ni nama epoxy ivory heavy duty
Saya beli 5 liter RM135 jer
Cara pengunaannya
Cat ini kena bancuh dengan epoxy hardener
Once dah bancuh kena gunakan sampai habis kalau tak cat akan membeku.
Tempoh masa utuk kering lebih kurang 2 jam tapi better biarkan seharian.
Banyak pilihan warna juga antaranya grey, green yellow dan banyak lagi.
Saya cat menggunakn brush roller yg kecil, contoh dalam gambar.
Kalau boleh gunakan brush kecil untuk sapu bahagian tepi dahulu kemudian baru lah guna roller di bahagian tengah.
Sumber: Man Masyitah
Cara Buat Sambal Tumis Yang Sedap! Sambal Bilis, Sotong, Udang Ada Petua Berbeza!
Kebanyakan kita memang boleh masak sambal. Cuma bezanya antara sedap dan tak sedap saja.
Bagi korang yang masih belum berpuas hati dengan masakan sambal yang dimasak mungkin boleh ikut petua yang dikongsi oleh Putra Bugis Temasek.
Kumpul tip dan petua buat sambal yang sedap
Menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk masak sambal bilis, sotong, udang ataupun sambal telur. Boleh ikut tip yang dikumpul dan dikongsi Putra Bugis Temasek.
Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yg lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.
1. Sambal bilis
- Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya.Sambal bilik juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
- Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
- Apabila dah masak baru masuk air asam gula garam and ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit
2. Sambal sotong
- Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
- Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
- Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
3. Sambal udang
- Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak sehingga betul-betul garing. - Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
- Selain itu api juga harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
- Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
- Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
- Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yg perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
4. Sambal telur
- Masukkan sikit bilis sebagai perencah.
Ok dah boleh praktik cara buat sambal ni.
Sumber: Putra Bugis Temasek
Buat Tip Ini Jika Tercekik Tulang Bukan Makan Gumpal Nasi & Pisang! Boleh Buat Masalah Makin Serius
Tengah sedap makan ikan terasa ada pula benda menyucuk waktu menelan. Sah tercekik tulang.
Ada kes sampai hampir seminggu tulang tidak keluar. Sebenarnya jangan biarkan masalah tercekik tulang ini berlarutan dengan hanya amal petua makan gumpalan nasi atau pisang. Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah tercekik jadi makan serius.
Jadi apa cara terbaik untuk hilangkan masalah tercekik tulang ini? Perkongsian dari NH ENT Specialist boleh jadi panduan.
Apa perlu buat jika tercekik tulang
Selama 15 Tahun saya di bidang ENT ni, amat banyak kes tercekik tulang yang telah saya rawat. Alhamdulillah semua selamat dan sembuh.
Hari ini,saya kongsikan TIP kalau anda atau ahli keluarga dan kenalan anda terkena “Tercekik Tulang”. Tak kisahlah tulang ikan ke, tulang ayam ke, tulang lembu or kambing ke…Sama saja tipnya…
1. Jangan Panik
Okay, bila tercekik;
– Sila berhenti makan walaupun makanan tu sedap atau mahal macam mana sekalipun.
– Jangan cuba jolok-jolok dengan jari sebab takut tulang tu lagi tertusuk ke dalam dan menyukarkan doktor untuk kenal pasti lokasi sebenar tempat tulang itu terlekat.
– Cari family or kawan bawa ke Klinik Pakar ENT yang berdekatan pada hari itu juga/segera.
2. Jangan tunggu seminggu atau tulang hilang sendiri.
Sebab tulang takkan akan hilang. Pergilah ke hospital dengan segera, kalau tunggu lama-lama, takut bernanah atau tulang pindah ke tempat lain (migration).
Jangan main-main, tulang ni boleh berjalan tau! Ada yang tercucuk masuk ke kelenjar thyroid, paru-paru, pembuluh darah. Lagi parah! (Ini kisah benar, bukan main-main)
So kalau telan nasi atau pisang kemungkinan tulang tu tercucuk makin dalam (Nauzubillah..)
3. Jumpa Dr Pakar ENT
Ala…tercekik tulang sahaja, tak nak lah! Kenapa perlu jumpa ENT?
Kami perlu cari tulang ikan tersebut. Jika tulang terlekat pada bahagian atas tekak (kawasan tonsil) In shaa allah boleh terus cabut di klinik sahaja.
Jika tidak:
-Perlu lakukan x-ray
-Kami perlu guna scope/kamera kecil untuk tarik tulang tu keluar dan scope tu hanya ada di klinik ENT.
-Selalunya bergantung kepada keadaan perlu atau tidak antibiotik dan ubat tahan sakit.
4. Selesai… boleh sambung makan balik. InsyaAllah.
Dr Nik Hisyam
Doktor Pakar Resdung, Sinus dan Tekak
Sumber: NH ENT Specialist