Nak tanam keledek tak semestinya kena ada kawasan yang luas walaupun tanaman ini jenis menjalar.
Boleh saja kalau nak tanam dalam polibeg, malah tanam dalam bekas sebegini ada kelebihannya. Bagi yang nak cuba tanam ubi keledek dala polibeg boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Mahadzir Hashim.
Langkah tanam keledek dalam polibeg
1. Sediakan 1 bahagian tanah berpasir,1 bahagian tanah hitam,1 bahagian tanah organik.
2. Siapkan polibeg saiz 24×24 untuk memaksimum penghasilan ubi.
Ads
3. Benih dari keratan batang atau dari ubi yang telah disemai.
4. Pada peringkat 2 minggu pertama keledek memerlukan siraman pagi dan petang.Pada pokok peringkat membesar siraman boleh dilakukan 2 hari sekali. Pastikan tiada air bertakung kerana ubi akan rosak jika tanah sentiasa lembap.
Ads
Kelebihan menanam keledek dalam polibeg ialah mudah mengawal pokok dari serangan serangga dan ulat di dalam tanah yang memakan isi ubi.
5. Bila batang keledek menjalar keluar dengan banyak, potong dan buat tanaman baru dalam polibeg lain. Cantas batang ubi tak pengaruhi saiz ubi, malah akan bertambah besar dan banyak.
Ads
6. Ubi keledek ini boleh dituai hasilnya selepas 3 bulan ditanam.
INFO: Kenapa ubi tak banyak isi
Ia bergantung kepada spesis keledek juga. Keledek kulit kelabu akan kurang ubi, sebaiknya guna keledek kulit merah baka Mardi.
Sambal nasi lemak dah ramai puji sedap, teringin pula nak berniaga. Tapi nasi lemak pulak tak tahu nak sukat kalau masak dalam jumlah banyak.
Kalau macam tu boleh ikut tip dari Fazniza Razali ini untuk sukat jumlah beras, air, santan dan garam. Tip ini boleh digunakan untuk masak nasi lemak sama ada untuk berniaga atau nak makan ramai- ramai.
Jadi takde lah kita teragak-agak, risau terlebih atau terkurang. Lebih tak mengapa tapi kalau banyak sangat membazir pula.
Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan
Sukatan 30-40 orang makan
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Sukatan 55-60 orang makan
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil ini untuk seorang makan.
Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba berniaga nasi lemak ya.
Sambil memandu mata rasa nak tertutup saja. Malah ada juga yang terlelap sesaat dua. Pasti ada yang mengalami situasi ini.
Keadaan seperti ini dipanggil sebagai ‘microsleep’, di mana badan seseorang dalam keadaan ‘tidur’ buat seketika.
Bagaimana ia boleh berlaku? Ini kerana segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses oleh otak. Selalunya ia berlaku dalam masa 1 hingga 30 saat.
Microsleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ia sangat berbahaya buat kita dan penumpang kerana boleh menyebabkan kemalangan.
Dalam keadaan mengantuk kita selalu paksa diri untuk memandu dan tanpa sedar kita sebenarnya sudah terlelap beberapa saat!
Biasanya keadaan ini terjadi pada waktu awal pagi dan tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.
Simptom-simptom microsleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus
Faktor berlakunya microsleep
Sebab utama berlakunya microsleep adalah tidur sama ada kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.
Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.
Selalu buat gulai tempoyak guna ikan, tak tahu pula rupanya boleh saja ganti dengan telur. Nak lagi sedap guna telur goyang yang kuningnya masih cair.
Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Fastabiqul Khoirot. Kata beliau menu ini memang enak. Bak kata orang Perak ‘nyakor dinding’ sedapnya.
Cara buat gulai tempoyak telur goyang
Bahan-bahan:
Cili padi
Cili besar merah (buang biji)
Bawang putih
Serbuk kunyit
Tempoyak segar
Serai – diketuk
Telur ayam atau itik – digoreng
Garam, gula serbuk perasa
Santan
Cara membuat
1. Kisar cili dan bawang putih bersama tempoyak
2. Masukkan bahan kisar dalam kuali bersama air dan serai.
3. Bila kuah mendidih masukkan sedikit santan dan juga serbuk kunyit. Boleh juga masukkan sayur yang sesuai seperti timun, nenas muda dan sebagainya jika suka.
4. Masukkan sekali bahan perasa, garam dan gula. Kemudian masukkan telur yang sudah digoreng. Jika tempoyak kurang masam boleh tambah asam keping.
5. Akhir sekali masukkan cili padi sebagai hiasan.