
Isi Kandungan
Toggle
Dalam minggu ini video anak kecil bernama Anas viral di media sosial. Paling mendapat perhatian adalah aksi lucunya duduk di dalam sangkar dan berlagak seperti kucing namun kemudiannya menangis bila terkunci.
Video itu saja mendapat 1.7 juta tontonan sejak ia dimuat naik minggu lalu. Terbaru yang tak kurang lucu adalah perbualan dia bersama ayah tentang udang dan kuda.
Dek kerana ramai yang berkongsi video anak kecil yang comel bernama Fattah Anas ini pun makin dapat perhatian media. Terbaru bapanya berkongsi jemputan demi jemputan untuk muncul di kaca TV antaranya progra Meletop, Motif Viral, CCTV dan Kata Serasi.
Sebenarnya bukan dua video ini saja yang lucu dan dimuat naik oleh bapa kepada Fattah Anas ini, rupanya ada banyak lagi .
Sila layan, confirm senyum meleret melihat aksinya.
Comel betul meow ni
Ini udang…
Aksi kena tembak tu comel sangat
Papa nak pistol air boyeh
Macam ni cara tidurkan Anas rupanya
Bagi VK video Anas ini bukan saja lucu tapi ada pengajaran di sebaliknya. Inilah sebenarnya cara seorang bapa sepatutnya luang masa dengan anak, bermain dan melayannya setiap butir bicaranya, bukan dengan membiarkan anak bermain dengan gajet!
Nyanyi Lagu Imbas Waktu Bercinta, Ella Beri Tip Isi Masa Berkualiti Dengan Pasangan

Dalam kehidupan berumahtangga, masa berkualiti memang sangat penting untuk diluangkan bersama pasangan. Apabila ada masa berkualiti, maka hidup berpasangan akan jadi lebih indah. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat. Sememangnya perlu untuk luangkan masa dengan insan paling rapat dengan kita.
Seperti penyanyi rock wanita nombor 1 tanah air, Ella, dalam instagram baru-baru ini memberikan tip untuk luangkan masa berkualiti dengan suami.
Tak semestinya mahal
Menurut Ella, luangkan masa berkualiti dengan pasangan tidak semestinya perlukan aktiviti yang mahal dan berbelanja banyak. Hal itu tidak semestinya boleh memberikan momen dan suasana bernilai. Dia dan pasangan ada kalanya hanya pergi berkelah, melawat zoo atau sekadar menikmati alunan muzik dan pantai. Itu pun sudah cukup membahagia buatnya.
Tontonlah video Ella dan suami duduk bersantai sambil menyanyi serta bermain gitar. Nampak romantik sungguh pasangan ni.
Masa yg berkualiti tak semistinya perlukan aktiviti yang mahal dan berbelanja banyak untuk momen dan suasana bernilai .
Adakalanya kami berkelah , melawat zoo dan sekadar menikmati alunan muzik dan pantai .
Btw lagu ini , menggamit kenangan waktu kami bercinta dan pernah juga putus kecewa di waktu masa yg lalu @slankdotcom ??.
#selamatberhujungminggu #peaceloverindu #azharella #kutakbisa #slank #slankers
Sumber: Ella
Allah Murahkan Rezeki Jika Niat Nak Bahagiakan Isteri dan Anak. Fad Bocey Beli Rumah Tiga Tingkat Lepas Menang Super Spontan

Isi Kandungan
Toggle
Seorang suami memang selalunya perlu berkorban untuk kebahagiaan isteri dan anak-anak. Jika niatnya ingin melihat isteri dan anak bahagia, pasti segala apa yang dilakukan dipermudahkan oleh Allah.
Begitulah dengan pelawak, Fad Bocey apabila urusan kariernya dalam industri hiburan tanah air mendapat laluan mudah menempa kejayaan demi kejayaan. Terbaharu, Fad menang tempat pertama dalam program realiti televisyen Super Spontan Xtravaganza. Hadiah wang tunai RM100,000 dimenangi olehnya.
Menurut kata Fad, ini ialah rezeki buat anak kembarnya iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta Nur Aminah Mishall. Impian dia dan isterinya yang juga pengurus kerjayanya untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa buat anak-anak.
Hasil titik peluh
Alhamdulillah .impian kami bersama .hasil peluh menitik ,hasil tk tdo malam ,hasil kadang2 tk pkir makan sbb nk cri duit dan hasil kami tahan nafsu dri buang duit utk bnda tk berfaedah(tapi tdi dh buang duit sbb belikan fifa19?) .
Tak semua tahu pengorbanan yang dilakukan
tak semua tau pengorbanan daddy utk kami anak beranak .ni rezeki hayyan zayyan dan aminah .rumah yg mmg mommy impikan utk keselesaan anak2 mommy .mana tau satu hari nt mommy daddy tkda ,ni la tempat korang berlindung .daddy birthday mommy bulan 10 ,jangan ingat ni hadiah birthday eh ??????
Terima kasih buat bidadari
Bismillahirohmanirohim..syukur Alhamdulillah,dengan izinNya sy dianugerahkan rezeki ini..pertama sekali terima kasih buat bidadari sy my wife sentiasa dibelakang sy support sy dalam semua hal,dan tak putus doakan sy..i love so much mmy dan sekali lagi terbukti ternyata rezeki ini rezeki anak2 sy dan isteri (HAYYAN,ZAYYAN DAN AMINAH)sy hanya menumpang rezeki mereka..terima kasih buat mak abah sy,mama abah sy sentiasa tak putus doakan sy,Alhamdulillah..seterusnye terima kasih utk insan yg sgt penting dan istimewa dalam hidup sy,
Fad tetap ingat sifu, Dato Afdlin Shauki
my sifu my brothaa Dato @afdlinshaukiofficial ,insan yg terlalu banyak jasanya utk sy..terima kasih abg,sentiasa percaya dekat fad,i love u so much dan of course terima kasih buat semua crew2 yg sgt awesome dlm kerje mereka,mohon maaf sekirenye sepanjang program ini ada terkasar bahasa atau salah di mana2..terima kasih utk boss2 astro @norzehajr @nvguib @khairulibrahim_sentiasa memberi ruang utk kami terus berkarya..Alhamdulillah,terima kasih buat mak tiri mummy yaa @lidyaismail yg melayan kerenah kami semua wlupon call time kehaukkkk..hahahahaha..terima kasih utk seorg lagi insan hebat yg slalu motivate sy utk beri yg terbaikkk setiap minggu of course my brotha Dato Ac Mizal!!! @emyliadac ,show kami akan nampak kurang tanpa datoooo..tqtq dato n datin..dan utk PA sy @syah_sopan thank you utk 10 minggu bantu uruskan mcm2 .dan tq boss @mustaffakamarmazlan utk baju yg sgt awesome ini utk sy dan fans sy dan awk pon slalu support sy..tq boss..
Terima kasih untuk semua penyokong
jutaan terima kasih jgk buat semua sahabat2 penyokong sy,yg setiap minggu hadir menyokong sy,sentiasa memberi sokongan padu..Alhamdulillah,terima kasih jgk buat anda semua yg mendoakan sy,yg mengundi sy menyokong sy tak kire dari mana sekalipon,yg menyokong sy dari awal perjalanan seni sy sampai hari ini terima kasih,semoga kalian sentiasa dirahmati Allah..Syukur Alhamdulillah ???????
Syok betul dapat beli rumah impian. Niat tu kena betul. Kepada semua suami di luar sana, perbetulkan niat anda. Niat nak bahagiakan isteri dan anak. Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan urusan.
Sumber: Fad Bocey
Mereka Ini Wanita Luar Biasa! Ucapan Ashraf Buat Dua Isteri Sempena Hari Wanita Memang Sweet

Tumpang gembira melihat kebahagiaan Ashraf Muslim bersama dua isterinya Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Boleh dikatakan mereka adalah pasangan pologami yang layak dicontohi meskipun satu ketika dulu ramai yang mengecam pelakon ini.
Semalam sempena sambutan Hari Wanita sedunia, Ashraf tidak lupa untuk menitipkan ucapan buat dua wanita yang penting dalam hidupnya.
Manis sungguh kerana tak ramai suami yang membuat ucapan buat isteri sempena Hari Wanita! Malah dia tidak berselindung mengakui betapa dua isterinya membantunya menjadi suami yang lebih baik.
“Mereka adalah wanita yg luarbiasa buatku… sentiasa memahami perjalanan hidupku yg berwarna warni ini. Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka membuatku berfikir utk menjadi suami yg lebih baik dan lebih bijak.
“Terima kasih Allah kerana memberi amanah yg besar kepadaku utk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yg dekat dgnMu. Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka sepertimana orang-orang yg beriman sebelum ini. Amin…”
Disertai dengan #SetiapHariAdalahHariWanita ucapan ini turut mendapat perhatian daripada netizen. Ramai yang memuji Ashraf kerana berjaya menyatukan dua isteri dan hidup dalam harmoni.
A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on
Meski ada yang menyatakan apa yang mereka miliki ini kerana pengorbanan isteri pertama tapi ia disangkal oleh Ashraf.
Menurutnya bukan saja isteri pertama berkorban tapi kedua-duanya berkorban untuk kebahagian mereka bersama.
Sumber: ashrafmuslim