Sejak beberapa hari lalu negeri pantai timur termasuk Kelantan dilanda hujan lebat hingga mengakibatkan kejadian banjir.
Namun satu perkara yang menarik perhatian ketika banjir di negeri ini, tular kejadian luar biasa bila sebuah rumah yang terletak di Kg Bukit Abal Pasir Putih tidak ditenggelami meski pun sekelilingnya dinaiki air yang agak tinggi dan deras.
Video tersebut dikongsi oleh pengguna TikTok @ise1199 yang menunjukkan keadaan sebuah rumah yang tidak digenangi air sedangkan di luar termasuk jalan sudah dinaiki air yang tinggi dan laju.
Kejadian itu menimbulkan keterujaan netizen yang tertanya-tanya kaedah yang dilakukan hingga boleh menghindari air banjir dari masuk ke dalam kawasan kediaman yang ternyata lebih rendah daripada jalan yang dinaiki air.
@ise1199 Rumah dia tak masuk air weiii. Banjir di kg bukit abal, pasir puteh kelantan #fyp ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Video yang mendapat tontonan hingga 2.5 juta itu akhirnya mendapat respon daripada anak kepada pemilik rumah berkenaan yang dikenali sebagai nama Nurul.
Caranya buat benteng, sendal papan bungkus dengan plastik
Beliau akhirnya memberi jawapan kepada persoalan netizen. Selain dikelilingi tembok batu yang tinggi ujar Nurul, bahagian pintu masuk telah dibuat benteng yang disendal rapat dengan papan dan kemudian dibungkus dengan plastik.
Cara ini air memang tidak masuk ke dalam kediaman menurut beliau. Kaedah tersebut dicuba baru-baru ini memandangkan kawasan kediaman yang turut mempunyai beberapa buah rumah lagi sering dinaiki air bila berlaku banjir pada tahun sebelum ini.
Sumber: @ise1199
Cadangan item persediaan banjir
– Bot kecil (klik SINI untuk beli)
– Plastik kereta kalis air banjir (klik SINI untuk beli)
Dari Kereta Viva Kini Pandu Mercedez, Saharul Ridzwan Tak Anggap Itu Kejayaan Selagi Solat Belum Sempurna, Bacaan Al-Quran Masih Salah
Isi Kandungan
Toggle
Hari ramai yang melihat istilah kejayaan itu melalui harta benda dan kemewahan yang dimiliki. Namun buat pelakon Saharul Ridzuan kejayaan buat dirinya cukup berbeza.
Melalui instagramnya baru-baru ini Saharul Ridzwan berkongsi susah senang yang dilalui sampailah dia berada di tahap ini.
Saharul Ridzwan memuat naik gambar berlatarbelakangkan kereta Viva yang banyak berjasa buat dirinya dulu serta kereta Mercedez yang dimiliki kini. Dalam kasyen panjang lebar yang menyentuh hati itu Saharul bercerita secara peribadi tentang makna kejayaan buat dirinya. Bukan kereta mewah tapi aspek lain dalam dirinya.
A post shared by SR (@saharulridzwan) on
Sampai Mati Saya Ingat Jasa Sis dan Abang Jinggo
BERJAYAKAH AKU? .
Post ini sekadar perkongsian tentang diri aku
.
Viva ini aku beli gunakan duit pinjaman Mara utk bayar deposit, tapi aku grad dengan 3.71, Diploma in Aircraft Maintenance, pinjaman itu dah jadi scholarship, aku tak perlu bayar apa2. BERJAYAKAH AKU?
.
Rezeki aku dibidang lakonan, kereta inilah yang aku gunakan masa mula2 aku berlakon, insan yang mula2 ambil aku tanpa casting utk pegang watak utama walaupun aku kosong dalam lakonan adalah GURU, KAKAK, IBU aku, sis @sheilarusly_jspictures . Aku pernah ditampar diset, tapi aku tak ambik hati langsung, aku tahu Guru aku sedang mengajar aku atas kesilapanku. Masa tengah shooting #KauAkuKita dgn @jannanick , aku ckp dekat sis “Sis, sy nak award, sy nak orang nampak hasil kerja saya”. Kami sapu semuanya dalam DFKL2016. Terima kasih Sis dan abg @jinggo_jspictures . Sampai mati sy akan jasa ingat sis dan abg jinggo, sy sayang sis dan abg jinggo. SY MINTA MAAF, sy hilang sekejap, sy JANJI sy akan datang balik utk banggakan sis dan abg jinggo. Terima Kasih ? ❤. BERJAYAKAH AKU?
Viva Sentimental Value, Pernah Mandi di Petronas
Dan sekarang, aku berdiri di hadapan sebuah kereta yang penuh dengan sentimental value, merenung betapa susahnya mendaki sebuah kejayaan. Mandi di petronas, kereta rosak tengah jalan, accident, macam2 lagi. Sehinggalah aku mampu untuk pakai kereta Merc di belakangku hasil tunjuk ajar Guru aku, @man_sixpointtwo @aku_afendy @fizoomar , walaupun hanyalah sebuah kereta recond, tahun 2013. BERJAYAKAH AKU?
Nak Sempurnakan Solat 5 Waktu
Tidak, AKU BELUM BERJAYA. Solatku belum sempurna 5 waktu, bacaan Al-Quran ku masih salah, yakinku pada rezeki dari Allah belum sepenuhnya, tabahnya aku dalam setiap dugaan Allah masih lemah, utk katakan TIDAK pada perkara yang salah, AKU BELUM BERJAYA. Nilai kejayaan bukan dinilai dari harta benda. Semuanya akan ditarik, yang tinggal hanya AMALANKU
.
Jadi, bilakah aku akan BERJAYA? Selepas nyawaku diambil, disoal segala apa yang aku lakukan, walau sebesar zarah sekalipun. SYURGA atau NERAKA
Pimpin Keluarga Ke Syurga
.
AKU NAK BERJAYA KE SYURGA. Itulah kejayaan yang sebenar utk aku dan tugasku memimpin keluargaku bersama-samaku, aku perlukan Guruku, ustaz @tarmiziabdrahman ,kerana untuk ke SYURGA, usahaku perlu lebih, lebih dari semuanya yang aku usahakan.
Semoga terus berjaya ya Saharul!
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan
Tak Payah Tunggu Kerja, Bapa Ini Daftar Anak Jadi Ahli KWSP Untuk Simpan Duit. Seawal 14 Tahun Pun Boleh
Selalu bila bekerja barulah kita daftar jadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tapi rupanya untuk jadi ahli ini tak perlu tunggu bekerja pun boleh.
Seawal usia 14 tahun dan boleh mendaftar jadi ahli untuk buat simpanan. Lagi awal menyimpan lagi banyak tabungan, selain itu dapat juga dividen dan insentif lain.
Perkara ini dikongsi oleh Mo Ameen yang telah mendaftar dua orang anaknya yang berusia 15 dan 16 tahun menjadi ahli KWSP. Berikut dalam perkongsian beliau.
Seawal 14 tahun pun boleh jadi ahli KWSP rupanya
2 orang anak saya yang sulung dan no.2 (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).
Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.
Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.
Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.
Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.
Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.
Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022. i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela.
Di samping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam. Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.
Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.
Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna. Sekian!
INFO: Duit simpanan ini boleh dikeluarkan lebih awal tapi ikut jenis pengeluaran yang dibenarkan seperti pendidikan, kesihatan, beli rumah dari akaun 2.
Semoga bermanfaat
Sumber: Moo Ameen
Gaun Unik Curi Tumpuan Tapi Kejayaan Usahawan Wanita Ini Lagi Luar Biasa. Terima Anugerah Tertinggi Kerana Catat Jualan RM 228 Juta!
Dua tiga hari lalu ramai peminat fesyen yang meluahkan rasa kagum dengan gaun unik yang dihasilkan oleh Datuk Rizalman buat usahawan Norhaili Ahmad Mokhtar.
Hamil 7 bulan tapi gaun yang direka langsung tidak menampakkan perut wanita yang dikenali sebagai @ellybillionaire di instagramnya.
Norhaili, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EB Champions United, sebuah syarikat perniagaan unit amanah saham ini tampil cukup bergaya dan anggun sekali dengan gaun putih pilihannya.
Meski ada juga komen negatif terhadap ilham Datuk Rizalman ini tapi tolak tepi semua itu kerana empunya diri cukup berpuas hati.
Dan rasanya apa yang lebih penting untuk ditonjolkan selain gaun yang digayakan adalah pencapaian usahawan wanita ini.
Sudah bergelar jutawan sejak usia 25 tahun lagi, gaun istimewa ini dikenakan untuk majlis Malam Anugerah Public Mutual 2018 yang mana beliau menerima penghargaan tertinggi.
A post shared by Norhaili Ahmad Mokhtar (@ellybillionaire) on
Berbaloi dengan perjuangan 10 tahun
Norhaili menerima anugerah Juara Pengurus Agensi Kumpulan dengan nilai jualan kumpulan sebanyak RM228 juta pada 2017. Satu angka yang cukup mengagumkan bagi usahawan Melayu yang berjuang dalam organisasi milik kaum Cina!
Kegembiraan menerima anugerah tersebut dikongsi oleh Norhaili dalam instagramnya baru-baru ini.
“Saya memberi segalanya untuk memperoleh kemenangan ini. Ia kemenangan yang dihasilkan dari kerja keras, dedikasi dan komitmen.
“RM228 juta pada tahun 2017 adalah satu angka yang luar biasa bagi agensi bumiputera yang berjuang dalam organisasi milik kaum Cina. Untuk ini saya memilih pereka yang betul-betul memahami karakter saya sejak 10 tahun lalu, Datuk Rizalman.
“Saya jelaskan kepadanya apa yang saya mahukan untuk gaun ini. Sesuatu yang berbaloi dengan perjuangan saya selama 10 tahun.
“Saya minta dia mencipta pakaian yang dapat melindungi kandungan saya berusia tujuh bulan. Saya mahu ahli kumpulan saya berasa saya tetap bertenaga. Ternyata saya dapat apa yang saya mahukan,”ujar Norhaili.
Sumber: ellybillionaire