Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini, kita digalakkban untuk mengamalkan sikap berjimat cermat dalam berbelanja dan boleh mula menyimpan duit.

Salah satu cara paling mudah adalah dengan menabung. Paling mudah hanya gunakan duit RM5, nilainya yang kecil dan tidak terasa membebankan.

Dengan warnanya yang cantik, iaitu hijau, pasti membuat kita lebih bersemangat untuk konsisten menabung.

IKLAN

Apatah lagi apabila melihat timbunan duit berwarna hijau ini dalam bekas tabung.

Perkongsian dari pengguna laman twitter, Farhana Aini Omar yang memberitahu cara terbaik menabung duit RM5 ini.

Menurutnya hasil tabungan ini apabila dikira jumlahnya mencecah ratusan ringgit.

Tip Amalan Menabung Duit RM5

Amalan ini baru diamalkan sejak awal tahun. Tidak mengapa jika baru mahu mencuba kata orang ‘better late than never’.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Ini Caranya:

1. Mulakan dengan mengumpul duit RM5. Kalau ada duit RM5 dalam beg duit ‘haramkan’ dari berbelanja. Ini kerana kita memang sudah ada niat untuk menyimpan.

2. Jadi jika ada saja dalam beg 5 keping duit RM5 ambil semua dan simpan terus dalam tabung.

3. Jika mahu berbelanja juga, pakai duit yang ada warna lain, asalkan bukan yang berwarna hijau.

4. Mula-mula memanglah akan rasa banyaknya nak kena simpan duit hijau ini. Lebih baik gunakan jika terdesak. Jadi kena ada sikap disiplin dan kena ingat menabung ini untuk kebaikan diri sendiri.

5. Lama-lama tidak akan terasa menyimpan duit RM5 ini kerana sudah terbiasa. Jadi apabila nampak saja duit RM5 ini terus letak tepi, dan jangan pakai.

6. Hasilnya apabila tabung sudan penuh, apabila dikira jumlah boleh mencecah ratusan ringgit.

7. Terus buat simpanan di ASB ataupun Tabung Haji. Dan mulakan semula menyimpan duit RM5 dalam tabung.

Hasilnya boleh cecah ratusan ringgit.

Tip Tambahan:

1. Amalan ini sesuai untuk orang yang boros. Jadi untuk berbelanja, gunakan saja duit warna lain dan bukan hijau.

2. Boleh juga untuk menyimpan gunakan duit warna lain atau ‘value’ mengikut apa yang disukai asalkan tidak stres dan membebankan.

Artikel berkaitan:

Mula RM1 Sebulan Dapat RM465, Boleh Ikut Caranya

Simpan RM5, Hasilnya Hujung Tahun Dapat Beli Emas