Pelakon, Sherry Ibrahim antara pelakon yang selalu bercuti ke luar negara. Malah dia juga suka berkongsi foto-foto percutiannya dengan peminat di instagram dan terbaru ketika melancong ke Jepun.
Tapi menariknya ketika bercuti di sanaselain gambar-gambar yang cantik Sherry juga tidak ketinggalan berkongsi tip untuk mereka yang bakal ke sana buat pertama kali.
Dalam video yang dimuat naik, Sherry cukup menekankan tentang pentingnya menepati masa kerana pengalaman dihalau yang dialaminya sewaktu membeli belah di sana.
Terkenal dengan gaya hidup menepati masa yang sangat tinggi, ujar Sherry dia dihalau oleh pekerja kedai tanpa sempat membayar kerana masih beratur ketika waktu beroperasi kedai hampir tamat.
Menjadikannya sebagai pengajaran, tip ini memang berguna bagi mereka yang akan melawat ke negara matahari terbit itu buat kali pertama.
1) JANGAN TAK TEPATI MASA
Kena tepati masa. Kalau ikut tour atau di dalam kedai, kalau mereka kata tutup pukul 10, maknanya pukul 10. Kalau tak akan dihalau macam semalam. Semalam kitorang kena halau sebenarnya. Kitorang masih lagi nak membayar, tak sempat nak bayar, kena halau.
2) JANGAN AMBIL GAMBAR dan VIDEO SESUKA HATI
Contoh masa diorang tengah bungkus-bungkus makanan, tengah buat diorang punya makanan, jangan simply nak ambil gambar atau video. Kalau di tepi jalan ada orang pakai baju Harajuku tu, jangan ambil gambar dengan diorang. Diorang tak suka.
3) TELEFON BIMBIT SILA MODE SENYAP
Dalam train jangan sesekali on your phone. Phone kena silent. No ringing. Kalau bercakap pun jangan cakap kuat-kuat. Nanti diorang akan bagi signal suruh senyap dan kena marah. Diorang dalam train akan tengok phone, kalau gelak pun gelak dalam hati.
4) SELEKSI TEH HIJAU
Teh hijau di Jepun bukan macam teh hijau di Malaysia. Semuanya takde gula. Pahit.
Sumber: Instagram Sherry Ibrahim