Kenali Jenis-jenis Butter Yang Sesuai Diguna Untuk Buat Kuih & Kek. Nak Sedap Pilih Butter Jenis Ini

Share

 

Bagi yang baru belajar ‘membaking’ selain dari kumpul resipi yang mudah, terlebih dahulu kita kena faham perkara paling asas iaitu bahan-bahannya.

Terutama sekali mentega atau butter yang ada jenisnya. Perkongsian daripada ini sememangnya banyak membantu terutama korang yang baru berjinak-jinak belajar buat kek dan kuih.

Beliau menerangkan jenis-jenis mentega yang seharusnya kita faham agar kek atau pastri yang dihasilkan bukan saja menjadi tapi juga enak! Berikut adalah perkongsiannya yang dipetik dari laman Twitter.

Jangan happy sangat kalau tengok harga murah

Untuk yang masih belum tahu atau yang baru berjinak jinak dalam dunia baking/pastry, janganlah korang happy dulu bila tengok benda ni murah, sebab ini mungkin bukan apa yang korang perlukan.

When the recipe call for butter, this is not the best choice. Kita ada banyak jenis butter, such as normal butter (salted/unsalted) / clarified butter (ghee) dll.

And korang kena tahu, yang dua butter dekat atas ni bukanlah PURE BUTTER atau pun memang bukan butter langsung, it is more to margarine esp buttercup.

Yang ni adalah content dalam BUTTERCUP ‘butter’ tu. Main ingredient dia adalah palm oil which is indicating that this not really a butter rather than a margarine.

 

Butter diperbuat dari lemak tenusu

Sebuah butter hanyalah butter apabila ianya diperbuat daripada lemak tenusu, pada kadar sekurangnya 80% tenusu. Bawah daripada itu, ia adalah marjerin atau pun campuran butter-marjerin

Ada yang kata, buttercup tu sedap je rasa dia memang macam butter. Yes, fragrance, aroma, tekstur memang macam butter. Cuma kalau baking, kita akan dapat lihat & rasa perbezaan yang ketara end of baking product kita tu

Maka sebab itulah kenapa harga buttercup/farmcow dan sekutu dengannya ni boleh didapati dengan harga yang sangat murah dalam Rm 3.50 – Rm 5 dan butter macam tatura, anchor, emborg rm 9.00 malah ada yang cecah belasan ringgit per 250 gram

Jadi janganlah hairan kenapa orang sanggup beli butter yang ‘mahal’ tu dari beli butter yang murah kerana mereka itu tahu apa yang anda mungkin tidak tahu.

Guna ikut kesesuaian

Ingat, dalam pastry ni salah satu strength utama adalah butter. Tinggi kualiti butter, tinggi jugaklah kualiti pastry.

Lepas ni kalau ada yang claim cakap “cake ni memang sedap, kita pakai butter mahal, buttercup tau”, korang bolehlah perlahan lahan beredar dari situ atau kalau korang kejam, ambil kek tu dan tempek pada muka beliau di atas baseless claimed tersebut.

Tapi korang janganlah terus benci atau boikot buttercup/farm cow dll ni pula. Dia boleh je guna ikut kesesuaian lah. Macam some of kuih raya like tart nenas/semprit takde masalah pun nak guna buttercup sebab kurang rasa tenusu.

Jangan lepas ni makan roti sapu anchor dahlah

Ni ada references sikit untuk korang supaya mudah ingat atau bantu untuk bezakan. Cara nak bezakan dia dua senang je

1) Tengok harga
2) Tengok ingredients

Jangan main tembak je beli.

Contoh non-Pure Butter

•Buttercup
•FarmCows
•TwinCows

Contoh Pure Butter

• Anchor
• Tatura
• SCS
• Emborg
• Golden Churn
• Western Star
• Philadelphia
• Kerrygold


Semua ni selalunya ada dekat baking store malaysia & supermarket malaysia.  Benda macam butter, whip cream, cream cheese ni kalau boleh beli lah dekat baking store je sebab harga yang jauh lebih murah Supermarket tu last choice lah kalau dah takde sangat.

Sumber

 

 

Published by
VK