Ibu mana yang mampu menahan air mata apabila melihat keadaan anak yang tidak lagi bernyawa. Apatah lagi dalam keadaan sangat teruk, disorok dalam ruang pembeku peti sejuk!
Seluruh tanah air meluahkan rasa marah dan kesal dengan kejadian bayi berusia 5 bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif ditemui mati di rumah pengasuhnya. Pada awalnya, tular di media sosial bahawa bayi itu kononnya diculik setelah pengasuh memberikan kepada seorang lelaki yang disangka bapa bayi tersebut. Namun hasil siasatan polis setelah ragu dengan keterangan pengasuh, mayat bayi itu ditemui pada sebelah malamnya.
Ibu bayi, Farah Madiha Othman, 28, melalui screenshoot yang tular Facebook telah meluahkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku.
Adam syg.. Sejuk ya dlm peti tu.. Xpe syg nanti msuk syurga semua indah2 yg Adam dpt.. Igt pesan mama jg diri kat sana.. Nanti mama papa dtg ye syg kita mandi buih lagi.. Innalillahiwainnalillahrojiun.. Terima kasih kepada semua kawan2, saudara mara dan rakyat Malaysia semua krn berusaha cri Adam dan doa baik-baik utk Adam.
Adam Rayqal bin Mohd Sufi Naeif 9/2/2018-3/7/2018
Farah dikhabarkan oleh teman yang melawatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tidak mampu bertemu sesiapa pun dan sugul ketika proses bedah siasat dijalankan di sana. Dia turut dikatakan berkali-kali mengulang pertanyaan mengapa sanggup letak anaknya di dalam peti sejuk.
Ketika ini masyarakat menunggu hasil bedah siasat dan tidak sabar hendak mengetahui apakah punca kematian Adam. Malah banyak posting di Facebook kalangan netizen yang rasa marah kepada pengasuh yang berumur 33 tahun dan teman serumahnya yang berusia 36 tahun. Tindakan kejam mereka menyumbat bayi kecil dalam bahagian sejuk beku peti ais memang tak boleh dihadam.
Dalam pada itu tular juga di Facebook gambar yang dikatakan sebagai pengasuh Adam menggunakan dengan nama QayLa Adriana Aoki (Nor Aqi’Dz). Namun kesahihannya belum dapat dipastikan. Selain itu juga agensi Bernama turut berkongsi gambar sayu ibu bapa Adam ketika berada di HKL yang membuatkan netizen sebak.
Sama-sama kita doakan ibu bapa Adam akan bersabar dengan ujian daripada ALLAH.
Sumber: Bernama, Astro Awani