Kentang Bertunas Jangan Buang Boleh Guna Bersihkan Cermin Kereta, Bila Hujan Air Mengalir Laju

Share

Beli kentang tapi simpan lama punya pasal sampai bertunas. Kentang begini tak elok untuk dimakan kerana ada kandungan glycokoid yang tinggi berbanding yang tidak bertunas.
Ia akan menyebabkan muntah, cirit dan sakit perut terutama untuk ibu mengandung dan anak kecil jika dimakan.

Kalau terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan. Antaranya rendahkan tekanan darah, tinggikan denyutan nadi, demam dan sakit kepala. (Sumber: Dr Mazliana Mazlan)

Guna kentang bertunas untuk bersihkan cermin kereta

Jadi apa nak buat kalau dengan kentang ini, nak buang sayang pulak. Ha… kentang bertunas ini boleh kita gunakan untuk bersihkan cermin kereta agar bila hujan titisan air mengalir laju. Takdelah kabur pandangan terutama bila hujan lebat.

Tip ini dikongsi oleh Jason Jezi.

Caranya adalah;

1. Potong kentang bertunas kepada dua atau 3 bahagian.

2. Kemudian gosok terus potongan kentang pada cermin kereta sama ada cermin depan, pintu kereta atau cermin sisi.

3. Selepas itu terus sembur air pada cermin. Kita boleh lihat terus kesannya bila sembur air, cermin yang digosok dengan kentang airnya akan mengalir laju dan tiada titisan air yang melekat pada cermin.

Boleh nampak bezanya, bahagian kiri yang telah digosok dengan kentang bersih licin tanpa titisan air.

Boleh juga tonton video di bawah yang dikongsi dari TikTok Jason_Jezi.

@jason_jezi Ubi kentang gigi jangan buang, Air Jalan Laju Di cermin #TikTokGuru #jombelajar #learnontiktok #tips #jezismart #tiktoktech ♬ Coastline – Hollow Coves

 Semoga bermanfaat

 

Published by
VK