Salah satu makanan viral masa kini adalah kentang goreng panjang atau french fries potato stick. Jika ke festival makanan pasti akan ramai yang menjualnya malah sekarang sudah ada yang menjualnya di gerai tepi jalan.
Kentang panjang ini juga boleh kita buat sendiri di rumah, lebih jimat kerana hanya menggunakan tiga bahan saja. Yang pasti jangan cari kentang panjang pula untuk buat kentang goreng ini.
Kentang goreng panjang atau french fries potato stick ini antara makanan viral masa kini. Ia antara makanan yang selalu ditawarkan di festival makanan dan sekarang semakin banyak gerai tepi jalan yang menjualnya.
Buat sendiri kentang goreng panjang
Bahan-bahan
800 gram kentang dipotong kecil
1/2 sk garam
1 1/2 cawan tepung jagung
Plastik Ziplock
Bahan sos
Mayones
Sos sriracha atau sos cili
Daun parsley kering
Cara membuat
1. Kentang direbus dan dilecek hingga hancur.
2. Masukkan tepung jagung dan garam kemudian gaul rata adunan.
3. Masukkan adunan dalam plastik ziplock kemudian ratakan ikut ketebalan seperti kentang goreng. Simpan adunan dalam peti ais supaya keras.
4. Selepas keras, keluarkan dari peti ais kemudian gunting atau potong plastik ziplock.
5. Potong memanjang kentang goreng.
6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
Sumber: Tine’s Homemade Food