Kerabu kaki ayam ramai peminatnya, tapi tak dinafikan ada juga tak sanggup memakannya. Belum cuba belum tahu rasanya kan.
Hidangan ini lagi sedap dan mudah dimakan bila diasingkan terus tulang dan isinya. Tak mustahil yang tak makan pun teringin nak cuba.
Cara buat kerabu kaki ayam
Bahan-bahan
Kaki ayam -potong buang kuku dan basuh bersih
2 biji tomato -potong kiub
3 batang serai -hiris halus
5 biji cili padi -potong
1 biji bawang merah besar -hiris
2 helai daun limau purut -hiris
2 pokok daun ketumbar potong
1 sudu besar sos ikan
4 biji asam limau nipis -ambil airnya
Sedikit cuka
Garam gula serbuk perasa
Ads
Cara membuat
1. Rebus kaki ayam hingga lembut dan tos airnya. Tunggu hingga panasnya jadi suam kemudian asingkan isi dan tulang. Ketika ini kerja mengasingkan lebih mudah.
2. Dalam mangkuk besar masuk kaki ayam yang siap diasingkan tulang tadi.
Ads
3.Masuk bawang, serai, cili padi dan tomato. Perah asam limau dan masuk cuka, garam, gula, serbuk perasa serta sos ikan. Kacau rata.
Kerabu ini rasanya mesti ada masam manis, pedas sedap secukup rasa.
4. Masuk daun limau purut dan daun ketumbar. Kacau rata, dah siap.
Makan nasi dari beras basmathi memang baik untuk kesihatan tapi harganya agak mahal. Disebabkan itu jugalah kalau nak masak beras jenis ini kena ikut cara yang betul supaya masak sekata dan beras yang panjang tak patah.
Tip masak beras basmathi supaya nasi lembut, berderai dan masak sekata
1. Basuh beras bersih n rendam 20 minit dalam air yg diletakkan dgn garam sedikit. Petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut
2. Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yg kita nak masak.
3. Untuk memasak didihkan dulu air baru masukkan beras.
4. Kacau beras semasa air masih bayak, jika dah kering kacau sekali saja untuk mengelakkan beras patah…
5. Untuk mewarnakan nasi tunggu air kering baru titiskan pewarna dn biarkan sekejap barulah kacau. Untuk nasi yang dimasak untuk tempahan akhir sekali saya akan letak dua sudu mentega.
Melihat orang kurang upaya yang buta berjalan di laluan sesak, melintas jalan dan sebagainya ramai yang bersimpati dan ingin membantu memudahkan perjalanan mereka.
Namun seringkali terjadi cara yang kita lakukan untuk memimpin OKU buta ini berjalan adalah salah.
Perkara ini dikongsi oleh dua OKU yang juga TikToker, Loh Boon Keat dan Ambar Aishah.
Jangan tarik tongkat
Jelas mereka ramai yang menarik tongkat mereka dengan harapan OKU buta mengikut saja dari belakang yang mana cara ini tidak betul.
Mereka berdua turut menjelaskan panduan untuk membantu OKU buta berjalan.
‘Cara yang betul kalau nak bantu minta OKU buta letak tangan pada bahu dan biarkan yang membantu jalan di depan.
‘Ini untuk memudahkan mereka meneruskan perjalanan dan bersedia dengan halangan yang ada di hadapan.
Waktu sekolah dulu kehadiran lori Milo ni memanglah ditunggu-tunggu. Selain dapat minum free, air Milo yang dibancuh ini juga sedap sangat rasa.
Beza sungguh dengan Milo yang kita bancuh sendiri. Macam mana ya mereka buat Milo nih? Sebelum ada yang share caranya cuma sukatan yang dikongsi dalam jumlah satu tong. Kita bukan nak minum sampai banyak tu kan.
Tapi Zainun Mamat ada resipi bancuhan Milo ini dalam sukatan jag sesuai untuk satu famili. Resipi ini katnya diperoleh dari pekerja yang sedang membancuh air Milo. Ada beberapa tip yang diturunkan.
TIP PENTING!
Suatu hari pergi satu event. Ada percuma air Milo atas lori. Saya tengok pekerja Milo tengah bancuh air. Saya tanya kenapa air Milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat. Ini tip yang diberi
Katanya masa bancuh air perlu panas.
Campuran susu pekat manis sama dengan susu cair.
Milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula.
Dia bagi resepi untuk 1 tong besar. Tapi saya kecilkan.
Bahan-bahan
10 sudu besar serbuk Milo
1/2 liter air panas.
1/2 liter air sejuk.
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu manis
Cara membuat
1. Kacau rata semuanya dengan air panas. 2. Campurkan air sejuk. 3. Masukkan air batu…fuhh..kaw kaw.