Makan

Kerabu Kaki Ayam, Buang Tulang Lagi Sedap, Mudah Makan

Share

Kerabu kaki ayam ramai peminatnya, tapi tak dinafikan ada juga tak sanggup memakannya. Belum cuba belum tahu rasanya kan.

Hidangan ini lagi sedap dan mudah dimakan bila diasingkan terus tulang dan isinya. Tak mustahil yang tak makan pun teringin nak cuba.

Cara buat kerabu kaki ayam

Bahan-bahan

Kaki ayam -potong buang kuku dan basuh bersih
2 biji tomato -potong kiub
3 batang serai -hiris halus
5 biji cili padi -potong
1 biji bawang merah besar -hiris
2 helai daun limau purut -hiris
2 pokok daun ketumbar potong
1 sudu besar sos ikan
4 biji asam limau nipis -ambil airnya
Sedikit cuka
Garam gula serbuk perasa

Cara membuat

1. Rebus kaki ayam hingga lembut dan tos airnya. Tunggu hingga panasnya jadi suam kemudian asingkan isi dan tulang. Ketika ini kerja mengasingkan lebih mudah.

2. Dalam mangkuk besar masuk kaki ayam yang siap diasingkan tulang tadi.

3.Masuk bawang, serai, cili padi dan tomato. Perah asam limau dan masuk cuka, garam, gula, serbuk perasa serta sos ikan. Kacau rata.
Kerabu ini rasanya mesti ada masam manis, pedas sedap secukup rasa.

4. Masuk daun limau purut dan daun ketumbar. Kacau rata, dah siap.

Sumber: Azizah Daud

Baca: Cara Buat Kerabu Ayam Goreng, Masam, Manis & Pedas Bersatu. Penuh Sayur Sesuai Untuk Yang Sedang Diet

Published by
VK