Minggu lepas tular di media sosial kisah cikgu fizik wanita bertemu jodoh dengan pelajarnya sendiri. Terbaru, guru fizik juga kali ini guru lelaki pula yang selamat mendirikan rumah tangga dengan pelajarnya.
Kisah guru bernama Muhammad Shamsul Bahari, 32 ini viral di Twitter bila dia memuat naik status di laman ini. Walau pun sekadar coretan yang cukup pendek ia mengundang lebih 10 ribu respon dari warga Twitter netizen.
Ternyata beza usia 12 tahun bukan penghalang cinta guru dan bekas pelajarnya ini. Bercerita tentang perkenalannnya dengan Intan Syazwani Mohd Hairizan, 20 ujar Shamsul dia mengenali isterinya ketika mengajar sebuah pusat tuisyen di Kulim Kedah.
Lepas habis sekolah baru kenal rapat
Ketika itu, Intan berada di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Namun hanya selepas empat tahun barulah keduanya berkawan lebih rapat apabila Intan menambah Shamsul bekas gurunya itu sebagai kenalan di Instagram pada awal tahun ini.
Kata Muhammad Shamsul Bahari, pada awalnya dia tidak mengenali Intan Syazwani kerana wajah gadis tersebut tampak berbeza berbanding sebelum ini.
“Masa mengajar tuisyen tu tiada rasa apa-apa sebab saya sudah berumah tangga, tapi jodoh tidak panjang.
“Dia ada ‘add’ saya masa awal tahun ini di Instagram. Tapi saya tidak kenal kerana pelajar saya ramai dan muka dia pun dah lain,” katanya memetik laporan dari Mstar Online.
Bibit-bibit perkenalan mereka bertambah mekar selepas Intan Syazwani memberanikan diri membalas pesanan pada Instastory guru fizik tersebut tentang azam tahun baharunya.
Menurut Muhammad Shamsul, gadis itu membalas: “Cikgu, ‘handsome'” pada Instastory berkenaan dan bermula dari detik itu hubungan mereka semakin rapat.
Usia muda tapi isteri matang
Tambah guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah itu, jarak umur 12 tahun antara mereka tidak menjadi penghalang kerana sikap isterinya yang matang dan pandai berdikari.
“Saya tengok dia sangat penyayang dan pandai ambil hati anak perempuan saya yang berusia enam tahun. Tidak nampak macam dibuat-buat.
“Sebelum tu ada juga pelajar yang cuba-cuba, tapi bila dengan anak mereka macam kurang (layan) sedikit,” tambahnya yang sudah sembilan tahun mengajar subjek Fizik di SMK Sultan Badlishah.
Pasangan tersebut diijab kabulkan pada 18 Ogos lalu di Masjid Al Jamiul Makmur, Kulim.
Sumber: @shamsulbahari86 & Mstar Online