
Kereta rasa berat, tekan pedal minyak dah hampir rapat lantai tapi tak jugak pecut. Kalau mengalami perkara ini ketika sedang memandu dah tentu kita akan tertanya-tanya puncanya.
Boleh stress dibuatnya pandu kereta yang slow begini. Dikongsi oleh ZAM Auto Accessories berikut adalah puncanya
Punca kereta rasa berat
1. Sensor pedal minyak rosak – Bila sensor ini buat hal, ia memberi signal salah kepada enjin. Inilah yang menyebabkan kereta buat ‘bodoh’ saja bila tekan minyak.
2. Filter udara tersumbat – bila filter ini tersumbat udara nak masuk enjin pun tersekat. Macam orang berlari pakai mask tebal. Memang kereta pun akan semput.
3. Sensor MAF rosak – Sensor ini mengkira angin masuk. Kalau bacaannya lari, campuran minyak dan angin pun ‘ke laut’. Pickup terus hilang.
4. Filter minyak tersumbat – bila filter ini tersumbat minyak tak lancar. Enjin macam ‘lapar’, lemah longlai, tiada tenaga untuk gerak laju.
5. Pam minyak rosak – Bila pam ia tak boleh salur minyak dengan baik, enjin pun tersedak-sedak. Tak boleh nak pecut.
6. Masalah gearbox – Torque converter rosak, gear tak tukar elok. Rasa macam jalan kat gear satu saja sepanjang masa.
7. Masalah enjin – Compression rendah, sensor lain pun kalau rosak, kereta memang tiada ‘power’.
Cara nak check – Tengok lampu amaran, periksa filter udara & minyak, check minyak gearbox, dan scan guna komputer kalau perlu.
Tip elak masalah kereta rasa berat
Servis ikut jadual – Tukar minyak hitam, filter dan check sistem enjin sekurang-kurangnya 3-6 bulan sekali.
Gunakan minyak enjin yang sesuai – Terlalu pekat atau salah jenis pun boleh lemahkan prestasi.
Isi minyak berkualiti – Kadang masalah datang dari minyak yang tercemar atau tak sesuai RON rating.
Elak overloading – Berat berlebihan pun boleh buat kereta lemau, especially kalau bawa barang berat selalu.
Sumber: ZAM Auto Accessories
Baca artikel: Kereta Keluar Bunyi Lain Macam Bila Memandu Petanda Ada Yang Rosak