Kereta rosak di tengah jalan atau tengah highway yang sibuk? Bagi yang pertama kali mengalaminya pasti akan panik.
Kalau kereta rosak hingga tak boleh bergerak, jawabnya memang kena panggil lori towing atau kereta tunda. Tapi khidmat ini biasanya mahal, makan beratus-ratus ringgit juga, nak baiki kereta lagi! Duduk tepi jalan pun boleh pening kepala dibuatnya memikir duit yang akan melayang.
Tapi sebenarnya kita tak perlu pun keluarkan duit untuk menggunakan perkhidmatan towing ini. Ada saja yang percuma dan cara tersebut dikongsi oleh Farhan.com melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya sekiranya kereta rosak di tengah jalan berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan khidmat towing percuma.
Dalam pada itu beliau juga berkongsi langkah selamat yang perlu dilakukan sementara menunggu lori towing tiba.
1. Berhenti di laluan kecemasan, buka lampu kecemasan dan bonet belakang. Letak juga segi tiga kecemasan di belakang kereta .
2. Kemudian lihat bahagian belakang road tax, ambil nombor telefon insuran yang tertera.
3. Cari tempat yang selamat dan hubungi nombor telefon insuran tadi. Mereka akan bertanya bebeberapa soalan sebelum menghantar lori towing dan ervis ini adalah percuma.
@farqhan.com #jombelajar #tiktokguru #learnontiktok #courierhub ♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto
Tambah Farhan lagi semasa menunggu lori towing pastikan kita tidak duduk di dalam, di depan atau di belakang kereta yang diletakkan di lorong kecemasan. Ia untuk mengelakkan risiko dirempuh oleh kenderaan lain. Sebaiknya cari tempat selamat jauh sedikit dari kereta untuk menunggu.
Semoga bermanfaat
Sumber: Farhan.com