
Nak hias rumah tak semestinya beli barang baru. Barang lama malah yang dah rosak pun boleh digunakan kembali kalau kita kreatif.
Antara contoh yang menarik adalah idea recycle kerusi meja makan yang dikongsi oleh Teejah Aqeel ini.
Kerusi yang dah rosak ini digunakan kembali untuk dijadikan side table, untuk letak letak barang ataupun perhiasan.
Idea recycle kerusi meja makan rosak jadi side table
Caranya
1. Bahagian penyandar kerusi dipotong separuh, sama aras dengan tempat duduk.
2. Ambil bahagian penyandar yang dipotong tadi, buang sedikit bahagian tepi untuk dicantumkan di bawah side table.
3. Cantum guna skru atau paku, ikut kreativiti. Siap. Punyalah senang kan!
Selamat mencuba.
Sumber: Teejah Aqeel
Buat Kulit Karipap Daun Sup, Barulah Lain Sikit. Makan Kulit Pun Dah Sedap Dan Wangi

Kulit karipap yang kita tahu cuma dua, sama ada yang licin atau pun kulit karipap jenis pusing. Tapi ada satu lagi yang boleh kita olah iaitu buat kulit karipap daun sup.
Cara ini dikongsi oleh Tie Watiezz. Rasa kulit karipap akan jadi lebih sedap dan juga wangi kerana ada diletak daun sup. Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang beliau kongsi ini.
Kulit karipap daun sup, barulah lain sikit
Karipap cara saya, kulitnya letak daun sup. Inti kentang pula tak dadu tapi direbus sebiji-sebiji kentang dan dilenyek pecah kasar. Lepas tu baru tumis rempah, gaul saja. Resipi penuh seperti di bawah;
Bahan-bahan:
Tepung gandum 3 cawan
Garam 1 sudu teh
Daun sup cincang 1 senduk
Marjerin 2 sudu besar
Minyak masak 2 sudu besar
Air secukupnya
Cara membuat:
1. Panaskan majerin dan minyak, tunggu hingga suam.
2. Gaul semua tepung, garam, daun sup dan marjerin. Ramas hingga jadi berderai kemudian masuk air sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh.
3. Perap sekejap dalam bekas bertutup selama 10 minit kemudian baru bentuk jadi bulat dan aru start buat karipap macam biasa.
Bahan inti kentang
7 biji kentang – direbus sebiji-sebiji
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Sedikit halia
2 tangkai daun kari
4 sekawan(pelaga,cengkih,bunga lawang,kayu manis)
2 sudu besar rempah kari
1 biji kiub pati daging (optional)
Garam secukup rasa.
Air 1/2 cawan
Cara membuat
1. Rebus kentang hingga empuk, toskan, tumbuk/potong kasar.Ketepikan.
2. Tumis 4 sekawan, bawang-bawang dan halia.
3. Masukkan rempah kari dan air, tuggu hingga pecah minyak sikit dalam 5 minit. Gunakan api perlahan. Kemudian masuk garam dan kiub pati.
4. Bila rempah dah masak, tutup api,kutip/buangkan 4 sekawan. Takut tergigit.
5. Masukkan kentang yang ditumbuk kasar, gaul rata bersama rempah. Akhir sekali taburkan daun sup yang dicincang.
6. Sejukkan dahulu sebelum letak dalam doh karipap.
Selamat mencuba.
Sumber: Tie Watiezz
Cara Buat Sup Ayam Ala Thai. Cukup Masam, Masin & Pedas. Sedapnya Hirup

Biasa kita buat sup penuh dengan rasa rempah, tapi kalau makan di restoren Siam lain sikit rasanya kan.
Ada rasa masam-masam sikit, memang sedap hirup. Kalau nak buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Vidda Waheda Ismail.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan halia yang siap dihiris. Campur juga hirisan lemak ayam dan tumis sampai wangi.
2. Tambah air, perasakan dengan kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, serbuk perasa dan sedikit sos ikan.
3. Biar mendidih, masukkan ayam dulu. Tutup periuk dan biar ayam masak sekejap. Kemudian masukkan saleri dan lobak merah.
4. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, hirisan bawang besar, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan asam limau nipis.
5. Hasilnya. Cukup masin, masam, pedas.
Selamat mencuba.
Sumber: Vidda Waheda Ismail
Cara Mudah Cabut Serai Tanpa Calarkan Tangan

Jika tanam sendiri serai di rumah, selalu terjadi bila ingin memotong atau mencabut serai tangan akan tercalar dek daunnya yang agak tajam. Kalau nak ambil banyak, lagi banyaklah calar kena pada tangan.
Tapi ada tip menarik yang dikongsi oleh Tarique Syaman melalui akaun Tik Tok miliknya tentang cara cabut serai tanpa mencederakan tangan atau lengan. Ini caranya;
1. Ketuk dulu rumpun serai dan selak sekeliling pokok jika sudah terlalu rimbun supaya jika ada haiwan yang berlindung dalam rumpun ini ia keluar terlebih dahulu.
2. Sebaiknya pakai seluar untuk melakukan kaedah ini ya. Berdiri dalam keadaan membelakangkan pokok serai dan langkah ke belakang (reverse) agar rumpun pokok serai berada di antara kaki.
3. Bila daun serai ini ada di belakang badan, bolehkan cangkul atau potong akar pokok serai. Boleh ambil serumpun atau beberapa batang serai ikut keperluan. Cara cabut serai kaedah ini memang lebih mudah dan daun serai tak akan terkena tangan.
@tarique.syahman Ni saya tunjuk cara mudah cabut rumpun serai. Tak calar lengan okehh..just reverse kat bahagian daun serai tu lepas tu potong akar dia. Memang mudah nak cabut. Nak tahu cara tanam serai dari batang serai boleh tengok kat sini >@Tarique Syahman Tips tanam serai: Untuk dapatkan serai yang gemuk, jangan trim daun dia masa dia membesar. Just biar je dia merimbun. InsyaAllah besar-besar serai tu nanti. #serai #panenserai #tipstanamserai #tipstanam #seraipehayam #caratanamseraisubur #caratanamserai ♬ Fallin’ in a Garden – LLusion
Sumber: Tarique Syaman