Perkongsian ini adalah pendapat daripada Saiful Nang yang juga Pengetua pertama, Akademi Insan Prihatin. Bila dihadam kata-katanya memang benar pun.
Habis lah kontroversi lagi lepas ni bagi yang terus komen tanpa baca habis penjelasan. Saya sengaja gunakan konotasi “belajar” itu sebagai gambaran orang kebanyakan waktu kini kalau cerita belajar sahaja mesti belajar pakai buku, pakai cikgu, pergi sekolah, pergi tusyen, matematik, sains dan macam-macam lagi terkait akademik.
Tahu tak yang kita dah ada contoh pendidikan terbaik yang tak pula orang nak kaji. Negara kita bayar perunding barat berpuluh juta untuk mengajar kita cara mengajar anak bangsa.
Di Shanghai, pendidikan mereka tidak diizinkan disentuh oleh pemimpin politik sebaliknya menyerahkan hak penggubalan dan penambahbaikan pendidikan mereka kepada guru-guru veteran yang telah banyak lori garam dah makan. Sampai dah kenal betul asam garam pendidikan. Itupun, masih belum sebaik pendidikan Islam yang sepatutnya.
Pendidikan Islam yang sepatutnya macammana? Nanti ada juga cakap macam di pondok-pondok dan pesantren pula. Saya tak mahu komen nanti ramai netizen suci bangkit menentang pandangan saya walaupun mereka sendiri membaca perkongsian ini sambil mengangguk-angguk kepala. In short, saya cuma boleh bagitahu pondok-pondok dan pesantren tidak wujud semasa zaman kerasulan pun.
Yang kata pendidikan di Jepun itu baik. Saya setuju. Malah, hampir-hampir mirip dengan pendidikan Islam tapi mereka bukan Islam. Kontroversi lagi lah nanti bila kita kata Jepun Islam, yang nampak macam Islam pula tak Islam. Allah sukakan kebersihan, Jepun bersih dan bagaimana standard kebersihan sekolah Islam? Masuk bangunan buka kasut dan susun macam Jepun, kita pun buat cuma kadang-kadang susun dan kadang-kadang tak.
Kita punyai nama tapi bukan nilai. Tak ada di Jepun mereka declare “Sekolah Rendah Islam Yokohama” contohnya. Tapi kita yang menggunakan kredit “Islam” itu masih gagal berhalus dalam banyak perkara.
Adakah pendidikan Jepun itu yang terbaik? TAK LAGI. Anak mereka dapat didisiplinkan tetapi moral hidup beragama mereka jika disandarkan kepada agama kita memang OUT OF BOUND betul. Pada takat umur tertentu, anak remaja Jepun sudah punya hak untuk tidak balik ke rumah dan hak untuk tidak perlu bagitahu ke mana dia pergi. Macam bitchy sangat kan? tapi bitchy-bitchy pun tetap mereka buang sampah mengikut kategori dan mengitarsemula kondom di tempat kitar semula selepas digunakan.
Dah macam tu, cara pendidikan bagaimana yang terbaik?
Pada waktu ini kita dah nampak semakin gila perlumbaan ibu-ibu dan bapak-bapak yang agak kiasu kerana terancam bila anak jiran umur 3 tahun dah baca Wall Street Journal. Dia pun tak mahu kalah dia pun hantar anak ke tempat yang ajar anak dia pandai membaca dan kemudian anak dia pulak bukan sekadar pandai membaca tapi menganalisa jurnal ekonomi WSJ. Ada jiran lain terancam terus hantar macam-macam jenis sekolah sampai umur 3 tahun dah boleh jumpa US Presiden menghulurkan bantuan kewangan dan idea stimulasi ekonomi USA dan pembangunan infrastruktur negara itu.
Akhirnya, 7 tahun penting dalam kehidupan manusia tersia-sia dengan pengisian akademik yang mereka akan pakar sampai tua. Betul lah tu. Apa yang diberikan kepada kita dalam 7 tahun pertama itulah seperti satu installation OS dalam hidup. Jika OS belum instal terus nak run software, memang tak stabil lah budak tu nanti.
Kita boleh lihat ke mana budak genius yang kecoh masuk Oxford semasa bulu pun belum tumbuh akhirnya dengan bangganya menjadi escort girl di London (kata lainnya, pelacur kelas atasan). Pergi mana genius yang kemudian kena jail di UK kerana menyimpan koleksi porn kanak-kanak.
Tapi dia akan jadi genius tetapi kamu akan hilang ruang untuk bangunkan akhlaknya. Sibuk nak anak jadi saintis umur 12 tahun dah boleh present paper dalam conference yang dihadiri oleh professor-professor yang kurang rambut. Kemudian kita bangga. Tapi anak itu masih belum cukup besar untuk tunjukkan jahanamnya akhlak kerana anda telah bina bangunan tinggi di atas tanah yang tidak dalam pasak pilingnya. Atau telah install software yang berat di atas OS yang sangat lemah dan prone to virus attack.
APA YANG KITA BERI KEPADA ANAK KITA PADA 7 TAHUN PERTAMA MENENTUKAN SIAPA MEREKA.
Pernah nampak tak kalau anak ustaz nanti dia pun akan nampak jadi macam ustaz-ustaz sikit. Dah mana taknya kalau bapaknya mengajar dibawa anak sekali. Anak pun tengok bapak buat apa semua dia mula tiru. Kalau bapak pemandu kapal korek dia pun nak maiann kapal korek juga.
Ingat tak lagi doa yang mak kita ajar masa sebelum umur 7 tahun dulu kita ingat sampai sekarang walaupun dah beberapa kali accident yang buat kita hilang ingatan macam dalam drama TV3 jam 7 malam? Semua itu satu pasakan yang kuat dan sepatutnya digunakan untuk memasak akhlak kepada anak-anak.
Once akhlak dah selesai, tak takut dah sangat. Maintenance dah jadi mudah dengan solat selepas itu. Fasa seterusnya ialah 7 tahun berikutnya. Nak cerita pun dah panjang sangat dah posting ni. Ingat tadi nak tulis 1 para post sahaja tapi tiba-tiba dah jadi novel.
Pesanan saya kepada semua parents. Di Rumah Pengasih Warga Prihatin kita memang terima agak ramai anak yatim yang sudah bejat akhlaknya. Mak Ayah angkat mereka dah buat mereka ni macam pets pun ada dan sibuk juga nak suruh pandai cepat-cepat sampai kalau boleh nak biar umur 4 tahun boleh selesaikan masalah kalkulus yang profesor tak beramput pun berkerut dahi nak settle.
Tanam akhlak sebagai pasak. Kemudian 7 tahun seterusnya adalah semudah memasangkan misi dan mereka akan meluru mencari dan melaksanakan misi. Kalau misinya untuk kita mahu dia jadi doktor, maka meluru mereka mencari jalan untuk menjadi doktor. Tapi jika akhlaknya tak ada, masa kecil ni boleh dirotan, dijentik, dimarah bolehlah ikut lagi…tunggu sampai mereka boleh melawan dan lari dari rumah dan ikut boifren wicet dia, baru tahu langit tinggi ke rendah.
Kamu tidak tahu bagaimana horrible-nya anak bila akhlak kaput. Masa tu UPSR ada semua A atau PT3 dan SPM semua puluh-puluh A+ pun masih tak boleh nak ubat apa-apa.
Kena ingat satu perkara, Allah jadikan kita semua ni berlainan antara satu sama lain. Allah boleh jadikan kita semua sama jer sepesen dan setiap orang pandai buat semua benda. Tapi, bila semua orang begitu habislah semua tak perlu kerjasama dengan sesiapa pasal semuapun dia boleh buat.
Kita dicipta berlainan supaya kita lengkap melengkapi. Ada yang boleh jawab soalan UPSR ada yang tak pandai jawab UPSR tapi pandai pulak buat kerja dan idea memang superb. Tapi masalahnya bila ukuran KEJAYAAN DAN MASA DEPAN MANUSIA itu dilihat pada bilangan A dan wajib masuk universiti, habis lah umur kita mempercayai mereka yang tak dapat A banyak itu adalah kodok yang tak ada nilai dan hodoh pula mukanya untuk dipandang masyarakat.
Semuanya bermula pada 7 tahun penting yang pertama. Sampai sini dulu, kalau ramai share nanti saya sambung apa pula 7 tahun kedua.
Saya bukanlah sesiapa cuma menjadi salah seorang dari 20 orang pengasas RPWP, hari ini terasa sangat terkesan dengan kebejatan yang berlaku pada akhlak anak kecil yang tidak dididik akhlaknya. Dari situ kita nampak, untuk hancurkan sebuah bangsa, racunlah pendidikannya. Jika mahu bangunkan bangsa bukannya bangunan tinggi dan kapal terbang besar yang dibeli sebaliknya perbaiki pendidikannya barulah terbangun bangsa.
Tak tumbuh, tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Jika tidak kerana sesuatu, tidaklah mudah Malaya mendapatkan kemerdekaan dengan rundingan sahaja melalui persyaratan Suruhanjaya Reid yang mencipta perlembagaan kita. Pendidikan juga sebahagian darinya. Kita merdeka di mana?
Selamat Hari Malaysia
SAIFUL NANG
Pengetua pertama, Akademi Insan Prihatin
Pengetua, Saiful Nang Academy
Usahawan Sosial
Public Advocator
Sumber: Saiful Nang