Ketika buat face verification untuk aplikasi yang memerlukan prosedur ini ramai kalangan kita yang mengambil mudah tentang pemakaian. Ada yang memakai singlet sahaja malah ada juga yang berkemban Ketika melakukannya.
Ini kerana kita menyangka ketika proses face verification hanya bahagian wajah yang dirakam. Sebenarnya sangkaan kita ini salah.
Menurut perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Nordin
ketika face verification bukan saja wajah dirakam tapi juga bahagian badan.Untuk itu pesannya terutama sekali Muslimah, pakailah pakaian menutup aurat atau lengkap kerana imej ini akan disahkan oleh manusia dan bukanlah komputer atau robot semata-mata.
“Kalau kamu buat face verification dekat mana-mana apps, walaupun arahannya cuma suruh letak muka dekat frame, sebenarnya dia tetap ambil gambar selfie menyeluruh termasuk kepala dan badan.
” Gambar ini ada yang akan ‘di verify’ oleh manusia. Maksudnya ada orang lain yang tengok gambar selfie kamu untuk tujuan verification (tugas mereka memeriksa gambar sama ada sepadan atau tidak dengan IC).
“Jadi tolonglah pakai baju, jangan sekadar bersinglet atau langsung tiada benang di badan, terutama para wanita. Yang Muslimah pun jangan lupa bertudung.
“Sebab ramai yang buat face verification dengan tanggapan proses ini cuma diperiksa robot. Jadi mereka ambil gambar laju-laju dalam keadaan santai di rumah sambil fikir tiada siapa yang akan nampak badan dia.”
Dalam pada itu di ruangan komen perkara ini turut dipersetujui oleh Leena Shaari yang bekerja di institusi perbankan.
“Saya kerja bank dan YA, perkara ini betul. Saya buat verification muka. Ada saja perempuan yang muka bangun tidur pakai singlet buat verify.
“Kalau yang teruk sangat saya reject saja walaupun muka nampak macam dalam IC. Sbb nanti gambar tu bank simpan as data sampai bila2. Walaupun tutup account. Bank simpan data tu online, selamanya,” katanya.
Artikel berkait: Ambil & Print Sendiri Gambar Passport Anak, Sekeping A4 Dapat 32 Gambar