Bila tengok gambar ketumbuhan dalam rahim yang besar macam yang dikongsi oleh Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat ini kita orang perempuan memang rasa ngeri.
Tapi hakikatnya masalah ketumbuhan ini dialami oleh ramai wanita pada masa kini. Yang dikongsi oleh pakar sakit puan ini adalah ketumbuhan jenis fibroid dan adenomyosis.
Kalau dulu ia biasa terjadi pada wanita yang berusia 40-an tapi sekarang menurut Dr. Hamid wanita muda berusia 20-an sudah mengalami kerosakan rahim akibat ketumbuhan tersebut. Perkongsian tentang masalah ini dibuat oleh beliaudalam satu entri di akaun Facebook miliknya
Antara fibroid dan adenomyosis
1. Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroid dan adenomyosis, pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanita umur 40-an.
Ads
Zaman sekarang dalam umur 20-an pun sudah ada yang mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
2. Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut, sering ia didahului dengan penyakit endometriosis.
FIBROIDADENOMYOSIS. Ia berkeping dan merosak hampir semua tisu-tisu otot rahim.
Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh diluar rahim. Bagi adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan. Gejala-gejalanya ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
Awas kalau ibu pernah kena!
3. Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Ads
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain. Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
4. Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anak perempuan ada risiko. Berwaspada.
5. Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakkan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
Pemakanan kena jaga
6. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi. Penting sangat makanan-makan yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur-sayur dan buahan.
Ads
Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immuniti anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai-bagai penyakit. Mari amalkan tabiat makan yang terbaik dan mulakan sejak anak kecil.
Kebanyakan yang ada masalah berat badan teringin nak kurus dan pernah cuba untuk diet. Tapi ramai yang gagal, tak juga kurus-kurus. Rupa-rupanya salah cara diet. Geram kan. Nah, Coach Arny dedah cara nak kurus dengan betul. Semoga impian nak kurus tercapai ya.
1. Jangan seksa diri makan sayur je
2. Jangan skip waktu makan. Sila makan 5 kali sehari
3.Kena ada ilmu nak kuruskan badan. Kalau tak, penat je usaha tu
4. Makan sikit tapi kerap
5. Sarapan tu penting. Jangan tak sarapan
6. Kenalah aktif sikit dik. Berjinak-jinak dengan aktiviti fizikal
Untuk dapatkan tubuh badan kurus langsing ketika ini ada banyak jenis diet yang boleh diikuti. Tapi walau banyak pilihan ramai saja yang gagal meneruskan misi kurus kerana berasa sukar.
Ha…sebenarnya ada saja kaedah diet paling mudah untuk turunkan berat badan dan pada masa yang sama tidak pula membahayakan. Caranya ikut kaedah diet air putih.
Ya jangan tak percaya! Dengan mengatur waktu minum air putih dan mengikut panduan yang diberikan berat badan boleh turun dengan cara yang lebih sihat.
1. Sebaik bangun daripada tidur pastikan minum air putih segelas. Ia baik untuk kesihatan selain membantu membuang lemak dari tubuh.
2. Sebelum dan selepas makan minum air putih paling tidak 2 gelas. Ia akan membuat perut kita kenyang dan tak makan terlalu banyak.
3. Minum lebih dari 4 liter air sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh.
4. Ganti minuman teh atau kopi mahu pun air manis lain dengan air putih. Lupakan terus.
5. Air putih dan hirisan lemon atau buah-buahan lain juga membantu menurunkan berat badan secara alami.
6. Jika mahu kesan lebih cepat kena lakukan senaman dan imbangi dengan minum air yang banyak.
Walaupun dah minum banyak air putih, makan pun kenalah kawal juga. Kalau makan tetap dua pinggan nasi tetap susah nak kurus juga ya.
Hari ini, ramai yang gemar makan makanan berasaskan daging berproses. Misalnya burger ataupun hot dog. Ada kala makanan sebegini menjadi pilihan disebabkan gaya hidup yang serba ringkas.
Melalui status instagram, Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad mendedahkan bahawa pemakanan sebegini boleh mengundang peningkatan risiko menghidap kanser payudara.
Bukan sebab pil hormon sahaja
Ramai yang tidak mengetahui bahawa bukan hanya pil hormone boleh menyebabkan kanser payudara, tetapi dengan memakan daging berproses seperti bacon dan sausej secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi, boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
Seseorang wanita mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah umur, faktor keturunan, dan faktor terdedah pada perkara yang merangsangkan kanser.
9% risiko lebih tinggi
Dalam kajian yang dibuat di Britain.
-1 dalam 7 wanita UK didiagnosa mengalami kanser payudara sepanjang hidup mereka.
-kurang 1% dari kes kanser payudara disebabkan oleh pil perancang kehamilan
-2% kes kanser payudara disebabkan oleh pil hormon yang diamalkan selepas menopause
-8% kes kanser payudara disebabkan oleh obesiti dan berlebihan berat badan
-5% kes kanser payudara disebabkan tidak menyusukan anak (not breastfeeding).
Kajian terbaru menunjukkan wanita yang mengambil makanan yang bersumberkan daging berproses secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi mempunyai risiko 9% lebih tinggi dari wanita yang mengambil makanan seperti dalam kuantiti yang sedikit.
Bertepatan dengan kajian WHO
Kajian ini bertepatan dengan kajian yang diterbitkan oleh World Health Organization (WHO), yang mengatakan bahawa daging yang berproses menyebabkan kanser.
Walaupun ramai pakar menganggap ia adalah risiko yang kecil, tetapi siapa sangka bilangan yang kecil itu mungkin adalah kita. Kita termasuk bilangan yang kecil itu.
Ramai yang mengalami penyakit kanser payudara sendiri tidak menyangka mereka adalah golongan berisiko. Jadi lebih baik berhati-hati dan memberi perhatian kepada apa yang kita makan.
Kajian terhadap lebih sejuta wanita
Kajian yang diterbitkan itu melibatkan data lebih sejuta wanita. Kajian ini mengaitkan peningkatan risiko kanser payudara jika mengambil daging berproses dengan risiko kanser payudara. Namun kajian itu tidak menjelaskan adakah ia disebabkan oleh daging yang diproses atau proses pengilangan yang sedia kita tahu yang melibatkan penambahan pengawet, perasa dan pewarna agar daging yang berproses itu lebih tahan lama, lebih cantik dan lebih sedap.
Takut pulak VK nak makan daging yang frozen ni. Sesekali takpe kot kan. Sebab sedap betul burger yang jual kat tepi jalan tu. Tapi gaya hidup sekarang ni memang kerap makan makanan frozen. Jadi, kenalah ubah sikit gaya hidup tu kan? Nak makan burger, daging tu boleh buat sendiri. Ye tak?
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...