Masuk bulan Syawal makanya setiap hujung minggu kebanyakan kita akan mendapat jemputan rumah terbuka. Selain seronok dapat bersama keluarga ketika beraya, bab makan memang membuatkan kita rasa teruja bila ke open house ini.

Sebulan berpuasa, macam-macam makanan enak terhidang depan mata memang akan buat kita sukar menolaknya.

Inilah yang menjadi punca naik berat badan mendadak selepas puasa. Tapi jika kita  ikut 5 prinsip makan ketika open house yang disaran oleh jurulatih kecergasan Kevin Zahri sepanjang Syawal ini jangan bimbang tubuh akan kekal langsing. Nak pergi open house seminggu tiga kali pun boleh.

Kevin Zahri Kongsi 5 Teknik Makan Waktu Pergi Open House Supaya Berat Badan Tak Naik

IKLAN

1. Peraturan 5:2

Ini cara untuk beraya sebulan. Dalam seminggu, amalkan lima hari makan agak sihat dan dua hari kurang sihat. Kenapa 5:2? Kerana kebanyakan rumah terbuka yang dikira merosakkan diet adalah pada Sabtu dan Ahad sahaja.
Jadi Isnin hingga Jumaat amalkan pemakanan yang lebih baik untuk seimbangkan pilihan kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.

2. 20 minit

Ingat bahawa kita akan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hidangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan.

Hidangan “seimbang” bermakna cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat dan sebagainya), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Kemudian barulah makan sedikit manisan.

3. Satu Rumah, Satu Hidangan

Kevin Zahri Kongsi 5 Teknik Makan Waktu Pergi Open House Supaya Berat Badan Tak Naik

IKLAN

Ramai yang mengadu “Aduh, rumah terbuka sepanjang hari! Memang tak boleh elak makan berlebihan”. Betul tapi hari biasa pun kita makan antara lima hingga tujuh kali. Oleh itu untuk satu rumah yang diziarahi hanya makan satu hidangan dengan ‘gap’ mungkin dua hingga tiga jam diantara setiap rumah terbuka.

Selain itu:  Cara Buat Folder Grup Chat Kelas Anak Untuk PdPR di WhatsApp & Telegram Supaya Parent Tak Pening

4. Fokus pada kalori makanan

Kestimewaan hari raya adalah lauk bukan air. Jadi kalau anda mahu kurangkan pengambilan kalori, makanlah tapi elak kalori daripada air. Maknanya jangan minum air manis.

5. Jangan tak beraya pulak!

Itu penting. Tidak salah kita menikmati segala lauk yang lazat di hari raya setelah berpuasa sebulan. Tapi ia perlu seimbang dan tidak berlebihan.

IKLAN

Sumber: www.kevinzahri.com

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI