Kereta bila dah lebih usia 5 tahun bukan saja cat akan kusam tapi bahagian lampu juga akan nampak kekuningan. Ia bukan saja membuatkan kereta nampak lusuh tapi juga kualiti pencahayaan lampu kereta kerana kurang jelas.
Boleh saja menukar bahagian headlight ini tapi modalnya agak besar, untuk kereta MyV boleh cecah lebih RM200.Jadi sebelum ambil keputusan untuk membelinya apa kata cuba kaedah yang dikongsi oleh Khairul Anwar Tumingan.
Dengan modal RM15 dan melakukannya sendiri headlight yang kusam dan kuning ini boleh kelihatan seperti baru.
Cara kilatkan headlight yang kuning
Hari ini saya nak share macam mana saya gilap headlight yang dah kuning dan kusam dengan modal tak sampai RM15. Sebenarnya memang ada macam-macam cara dan produk yang boleh digunakan. Tapi apa yang saya kongsikan ini antara cara yang paling berhasil yang pernah saya cuba. Yang penting, kena gigih sikit menggosok ya!
*ini untuk headlamp plastik sahaja
Bahan yang saya gunakan adalah:
Kertas pasir gred 600
Kertas pasir gred 1000
Autosol metal polisher (Boleh cari di kedai hardware. Harga sekitar RM8 – RM12)
Inilah 3 bahan yang digunakan. Modal keseluruhannya tak sampai pun RM15. Ok, jom kita tengok cara-caranya pula.
Ini lampu asal yang dah menjadi kekuningan dan kabur.
1. BUANG LAPISAN KUNING DENGAN KERTAS PASIR GRED 600
Ads
Mula-mula, ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur.
Gosok dengan menggunakan air. Masa ni nampak kesan kotor dan kuning tu tertanggal.
2. LAP & KERINGKAN
Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning dah berkurangan.
3. GOSOK DENGAN KERTAS PASIR GRED 1000
Seterusnya, gosok dengan kertas pasir gred 1000 pula. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Caranya sama, gosok dengan menggunakan air.
Ads
4. LAP & KERINGKAN
Lepas tu lap dan keringkan macam tadi. Ini hasilnya selepas digosok dan dikeringkan sekali lagi.
5. GILAP DENGAN AUTOSOL METAL POLISHER
Ads
Ini yang saya pakai, Autosol Metal Polisher. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain.
Tengok, ni baru gosok sikit dah nampak clear, kan? Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah.
SIAP! INILAH HASILNYA…
Ini hasilnya setelah saya gilap lebih kurang 1/2 jam. Berkesan, kan? Lampu kereta yang kekuningan tadi dah nampak macam baru. Memang berbaloi! Tengok perbandingannya sebelum dan selepas saya kilatkan tadi.
Jadi lepas ini bolehlah kilatkan lampu kereta sendiri saja di rumah. Bahaya biarkan lampu kereta yang kusam dan kekuningan. Bila lampu kabur, takut orang lain tak nampak kita dengan jelas. Insha Allah boleh guna cara begini, mudah dan jimat. Selamat mencuba!
Rasanya ramai wanita yang tidak mengetahui perkara ini. Sebenarnya ada beberapa warna pakaian yang cukup menarik pada pandangan lelaki.
Apatah lagi jika yang mengenakan warna ini adalah isterinya. Inilah dia antara petua agar anda nampak sentiasa cantik menawan di pandangan suami.
Jadi sila tambah koleksi pakaian atau tudung anda dengan warna-warna berikut.
Hitam
Wanita yang memakai baju hitam bukan saja kelihatan lebih kurus tapi turut menegaskan sikap dirinya yang berdikari, punya pendirian, ada kelas tersendiri dan juga seksi. Kebanyakan wanita tiada masalah memakai pakaian warna hitam tak kira warna kulit atau bentuk tubuh mereka.
Merah
Warna ini sememangnya mampu menarik perhatian malah disukai golongan lelaki. Di mata mereka, wanita dengan busana merah tampak berani, elegan, cantik dan seksi. Merah juga mewakili rasa percaya diri dan sisi feminin. Mahu nampak seksi di mata suami, pakaianlah baju dengan warna ini.
Putih
Lelaki juga menyukai warna putih. Ia melambangkan wanita itu bersih, rapi dan neutral. Seperti warna hitam ia tidak pernah ketinggalan dan sentiasa memberi kesan menarik pada wanita yang memakainya.
Biru
Warna ini memang sinonim untuk lelaki, namun mereka juga gemar melihat wanita mengenakan warna ni. Isteri yang memilih pakaian daripada warna ini akan kelihatan segar dan mampu memberi mood ceria pada suami.
Merah Jambu
Warna untuk wanita tapi tak dinafikan lelaki juga gemar melihat warna ini. Wanita yang mengenakannya baju dengan warna merah jambu biasanya dilihat cukup manis dan feminin di pandangan suami.
Biru Turkois
Melihat isteri mengenakan warna ini ia memancarkan aura cantik, yakin diri dan bersemangat pada diri anda. Inilah yang anda mahu bukan?
Semoga berjaya menarik perhatian suami dengan tip warna pakaian ini.
Dari luar nampak buah elok cantik tapi bila potong, buruk dan berulat di dalam. Memang frust, apa lagi kalau kali pertama boleh berbuah. Ia boleh jadi pada pokok buah jambu, mangga, ciku, cili, limau dan sebagainya.
Buah yang berulat ini berpunca daripada serangan lalat buah. Supaya kita dapat hasil buah yang elok, kena hindarkan serangan perosak ini terlebih dahulu.
Caranya dengan buat perangkap lalat buah menggunakan botol plastik. Boleh ikut perkongsian dari Iszaynuddin Abd. Hamid untuk membuatnya.
Cara buat perangkap lalat supaya buah tak buruk atau berulat
1. Sediakan botol air mineral terpakai kemudian cat bahagian luarnya. Seterusnya buat lubang pada sekeliling botol. Boleh panaskan screw driver untuk buat lubang ini. Boleh juga gunakan bola plastik.
2. Ambil kapas dan titis hormon feromon cecair pemikat lalat buah ini. Lalu masukkan kapas dalam botol kemudian tutup. Cecair pemikat lalat buah ini boleh beli di Shopee.
3. Sapukan bahagian luar botol yang dicat tadi dengan gam untuk serangga. Gam ini juga boleh beli di Shopee.
4. Kemudian boleh gantung botol pada pokok buah. Bau feromon ini akan menarik minat lalat buah untuk datang dan seterusnya melekat pada gam.
NOTA: Jika pokok tidak diserang lalat buah, tak perlu membuat perangkap ini. Jika dilakukan ia seperti jemputan kepada lalat buah untuk menyerang buah pada pokok.
Daun ketumbar jawa ini memang banyak guna dalam masakan terutama hidangan Thai. Sup, tomyam, paprik, kerabu dan sebagainya memang lagi sedap jika ada aroma daun ketumbar ini.
Sebab itulah juga ramai yang cuba tanam pokok ini di rumah. Kalau di rumah ada menanam ketumbar jawa, boleh cuba praktikkan cara yang dikongsi oleh Shariffuddin Ar Lambensa agar daunnya lebat dan banyak. Boleh masukkan banyak-banyak dalam masakan.
Tip pokok ketumbar jawa daun lebat dan banyak
– Caranya setiap kali pokok ketumbar jawa menghasilkan bunga, pastikan bunga dipotong.
Bunga yang dipotong boleh dijadikan ulam.
– Apabila pokok ketumbar jawa berbunga pertumbuhan menjadi perlahan, tapi bila bunganya dipotong ianya akan menghasilkan anak-anak pokok yang merimbun dan sentiasa ada pucuk baru muncul di setiap pokok.
– Bagi memastikan pokok ketumbar jawa subur jangan lupa membaja sekali setiap minggu sebagai nutrien pokok. Boleh guna baja organik saja.
– Pokok ketumbar jawa tak perlukan pencahayaan terus. Sebaiknya letak pokok ketumbar jawa di bawah pokok atau di kaki lima rumah.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...