Bila meletak kenderaan di tengah panas, sebaik masuk saja bahangnya memang terasa. Akan mengambil masa untuk rasa bahang ini reda atau keluar walaupun aircond sudahpun dipasang.
Bagi mempercepatkan bahang ini keluar seorang pemuda dikenali sebagai @ketotbae berkongsi teknik pantas dan mudah yang diamalkan beliau. Malah ia juga mungkin sudah dipraktikkan oleh sebahagian daripada kita.
Melalui perkongsian video yang dibuat melalui aplikasi X cara yang dikongsi untuk membuang haba panas ini adalah dengan ‘mengipas’ menggunakan pintu atau membuka dan menutup pintu kereta beberapa kali.
“Kalau parking di tempat terbuka, ini lah cara paling cepat nak buang haba dalam kereta. Kita gunakan konsep vacuum fizik, bukak semua tingkap kecuali tingkap pintu yang buat kipas tu kemudian kipaslah beberapa kali dalam 5-7 kali. Serta merta haba semua hilang berbanding engan cara buka tingkap sahaja.
“Lepas tu, tutup tingkap depan, biar tingkap belakang terbuka sambil on aircond. Aircond akan cepat sejuk. Bila rasa angin aircond mula sejuk terus tutup semua tingkap & ready to go!,”tulisnya dalam hantara yang mendapat hampir setengah juta perkongsian.
Tambahnya cara ini juga udara dalam kereta lebih cepat sejuk berbanding menekan butang aircond auto.