Kipas siling boleh dikatakan wajib ada di setiap rumah memandangkan keadaan cuaca di negara kita yang selalu panas. Kalau berlaku kerosakan pada kipas memang tak senang duduk dibuatnya. Salah satu masalah yang memeningkan adalah kipas dah laju tapi tak rasa anginnya.
Mungkin ada yang sedang berdepan dengan masalah ini di rumah, berikut adalah punca ia berlaku seperti yang dikongsi oleh GeneralWorker_Repair&DIY
dalam satu hantaran di Facebook.Ini mungkin puncanya, harap info ini berguna untuk semua.
Kekuatan angin bergantung sepenuhnya kepada lebar bilah dan diameter kipas. Lebih lebar bilah kipas lebih kuat tolakan anginnya. Begitu juga besar diameter kipasnya.
Kipas 3 bilah dgn 5 bilah ada beza ke? Kipas tiga bilah beri angin yang lebih kuat dari 5 bilah. Konsepnya semakin banyak bilah semakin kurang tolakan anginnya tapi lebih senyap dan lebih stabil.
Posisi terbaik untuk kipas adalah yg mempunyai banyak clearence atau tiada halangan. Pastikan kedudukan kipas
– Tak terlalu rapat dengan dinding
– Tak terlalu rapat dengan siling, paling kurang kekalkan 10 inci dari siling.
Jika terlalu rapat dengan dinding atau siling, kitaran angin akan terganggu.
– Jangan ada gangguan pada siling seperti blok batu (beam atau cornice).
Sekarang dah tahu punca kipas siling rumah tak laju?
Semoga bermanfaat
Sumber: GeneralWorker_Repair&DIY