Kisah Cinta Unik Presiden Perancis, Kahwin Guru Sendiri Usia 65 Tahun!

Share

 

 

Sebelum ini Perdana Menteri Kanada jadi tumpuan dunia kerana parasnya yang ‘elok’. Namun yang terkini jadi perhatian adalah Presiden baru Perancis, Emmanuel Macron.

Bukan saja kerana wajahnya yang hensem, usia yang muda, 40 tahun, tapi kerana kehidupannya peribadinya yang menarik.

Sejak 12 tahun lalu dia kekal bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Brigitte Trogneux  kini berumur 65 tahun. Beza usia antara mereka adalah 25 tahun!

Wanita pilihannya ini adalah guru yang pernah mengajarnya di sekolah. Ketika itu ramai menyangka dia bercinta dengan anak Briggite yang juga teman sekelasnya.

Akan tetapi hakikatnya tidak begitu. Emmanuel dikatakan sudah jatuh cinta dengan Briggite sejak usia 16 tahun lagi.

Namun ketika mengetahui perkara itu ibu dan ayah Emmanuel meminta Brigitte menjauhi anak mereka sehingga usia 18 tahun.

Yakin bahawa wanita itu adalah jodohnya, pada usia 17 tahun lagi Emmanuel memberitahu dia akan mengahwininya dan 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 2007 dia memenuhi janjinya.

Mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu, pasangan ini memang dilihat seperti mak dan anak malah ibu Emmanuel sendiri melihat Brigitte lebih sebagai teman dari menantu.

Bagaimanapun pasangan ini tidak mempedulikan kata-kata negatif terutama tentang perbezaan usia mereka. Mereka bahagia kerana saling mencintai.

Kehidupan peribadi Emmanuel yang menarik ini juga menyerlahkan dirinya sebagai pemimpin sehinggalah beliau dia diisytiharkan sebagai presiden Perancis awal tahun ini.

Brigitte mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai guru selepas Emmanuel bergelar menteri dan menjadi penasihat yang paling dipercayai.

Sentiasa dilihat mesra dengan isteri, Emmanuel bahagia dengan kehidupan bersama tiga anak dan tujuh cucu tirinya.

 

 

Published by
VK