Melalui instagram, Pencetus Ummah (PU) Azman selalu memuat naik gambar bersama kucing. Ada kucing yang beliau bela namun kebanyakannya kucing yang ditemui ketika mendobi pakaian di kedai dobi layan diri.
Ada macam-macam emosi kalau dibaca kisah beliau dengan kucing. Ada cinta, ada kasih sayang dan ada sedih juga. Kisah beliau menyelamatkan seekor anak kucing yang buta yang terkedek-kedek nak melintas jalan. Kemudian kucing itu diberikan kepada jiran. Keadaannya kini semakin beransur baik.
Ada juga kucing yang tiba-tiba ada di dalam rumahnya. Lantas kini menjadi sebahagian daripada hidup PU Azman. Semoga dimurahkan rezeki ya Cik Man. Ada juga kucing yang ditemui ketika mendobi pakaian di kedai dobi, duduk di atas ribanya. Tidak sampai hati hendak diangkat, beliau tunggu sehingga kucing itu bangun sendiri dan berlalu pergi.
Begitulah betapa sayangnya PU Azman terhadap kucing. Sama seperti junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang sangat menyayangi kucing.
Jom kita lihat sebahagian kisah beliau bersama kucing yang pernah ditemui.
I am ASIA. ASIA singkatan Azman Syah Ibnu Alias.
Dobi.
Bila kau seorang suka kucing, dan kucing landing sendiri kat riba kau masa kau nak bangun pergi basuh tangan atau nak balik. Tapi bila nak angkat kucing tu rasa macam kau buang kebahagiaan. Aku tak pasti nak nangis bahagia atau nangis kebas kaki. ?
#akusangguptunggudiaturunsendiri
Takder ribut, takder angin, takder sebab tetiba si kecik ni ada dalam bilik. Aku takder idea dari mana dia datang. Aku cuba bukak pintu, dia taknak keluar. So now dia part of my life. ?
Comel itu tak diukur dengan warna.
Comel adalah hak milik semua insan dan kucing.
Hadis tentang kucing:
إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ “Kucing itu tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang selalu kita jumpa dan berada di sekeliling kita. ” (Hadis Hasan Sohih)
Yang aku peratikan, pegi mana-mana dobi mesti ada kucing. Mereka penting beb, sebagai peneman.
Kalau korang peratikan kucing tu, korang dapat rasa yang dia sangat selesa dengan aku.
Bahagia bersama.
Berlari-lari dia semalam.
Sumber: PU Azman