Minggu lalu, gadis bernama Sahar Taban, 19 dari Iran telah menggemparkan hampir seluruh dunia dengan rupanya yang ‘seakan’ pelakon Hollywood terkenal Angelina Jolie.
Ramai yang berkongsi gambar gadis yang obses dengan pelakon pujaannya itu sehingga dia dikatakan sanggup melakukan 50 pembedahan plastik untuk kelihatan sama.
Tapi rupa-rupanya semua itu dusta, kita semua tertipu! Selepas viral di media sosial dan dikata sebagai Zombie oleh netizen, Sahar akhirnya memberi penjelasan bahawa semua gambar yang tular itu adalah tidak benar.
Menurut portal metro.co.uk, Sahar dalam satu komennya memberitahu gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya itu sebenarnya adalah hasil suntingan menggunakan photoshop dan mekap.
Manakala dalam satu laporan Snopes.com, Sahar mengakui dia memang melakukan pembedahan namun bukan sehingga 50 kali seperti yang diviralkan.
Sumber: metro.co.uk