Komited Simpan Duit RM20, RM50 & RM100 Selama Setahun, Suami Isteri Ini Berjaya Kumpul RM27,700

Share

Salah satu cara menarik untuk menabung adalah menyimpan ikut warna duit. Ramai yang mempraktikkannya dan ramai juga yang berjaya dan berkongsi kisah mereka di sosial media.

Antara yang berjaya ini adalah Noir Ida Johnny atau dikenali sebagai Miss Kitty. Kisah kejayaannya menabung ikut warna duit ini hingga mengumpul RM27,700 tular di media sosial.

Menurut Ida, tabungan yang dibuat bukan berseorangan sebaliknya bersama dengan pasangan. Hasil gabungan bersama dengan suami itulah dia berjaya mengumpul jumlah tersebut.

“Miss Kitty dan husband menabung duit RM20 & RM50 dan RM100. Selama 1 tahun 2022 hasil mengumpul duit ini adalah sebanyak RM27,700 menggunakan dua tabung.”

Cara yang dipraktikkan adalah kalau dapat saja note RM20 mereka berdua akan terus simpan.

“Setiap hari kalau ada RM20 kami simpan terus di tabung. Kalau RM100 & RM50 tu kami simpan bila ada duit lebih di wallet,”ujarnya yang ingin menyambung lagi tabungan ini pada tahun 2023 ini dan menjadikannya sebagai misi tabungan suami isteri.

Cara mereka ini boleh juga jadi inspirasi untuk kita menyimpan. Yang penting kena komited.

Sumber: Noir Ida Johnny

Published by
VK