Kos Tak Sampai RM20, Buat Sendiri Wet Food Kucing Memang Lagi Jimat. Nak Bulu Cantik Letak Bahan Ini

Share

Ramai ‘bibik’ yang ada ‘majikan’ memperuntukan banyak modal untuk makanan kucing terutama wet food. Sedangkan sebenarnya kita boleh saja berjimat kalau buat sendiri.

Nak buat wet food pun senang cuma menggunakan tiga bahan selain kerajinan agar kita dapat berjimat. Jika nak pastikan bulu majikan kita cantik gebu, tambah satu lagi bahan ya.

Cara buat ‘wet food’ untuk kucing, modal tak sampai RM20

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 1 kg ikan tongkol / tuna / ayam
– 1 batang lobak merah
– 1/2 paket agar-agar tali
– Vitamin Kucing (mencantikkan bulu kucing)

Cara membuat:

1.Bersihkan ikan dan rebus dalam periuk sehingga masak. Simpan air rebusan tadi.

2. Asingkan isi ikan dari tulang. Kalau guna ikan lebih kecil boleh kisar sekali tulang dan tapis.

3. Kisar isi ikan tadi dengan lobak menggunakan air rebusan ikan sehingga hancur atau separuh hancur.

4. Dah hancur, tuangkan isi tadi ke dalam lebihan air rebusan. Hidupkan api dan masak seketika.

5. Masukkan separuh sahaja agar-agar tadi. Separuh lagi boleh simpan untuk minggu hadapan. 1/2 agar = 1kg ikan/ayam.

6. Masak agar-agar tadi sehingga hancur. Dah hancur boleh tutup api.

7. Tuang isi agar-agar tadi dalam bekas. Tunggu suam-suam kuku kucing.

8. Agak-agak dah suam-suam kuku, bolehlah letakkan sikit vitamin kucing. Sukat cukup 0.5ml

9. Siap 4 bekas = 1 minggu (1 hari makan 5-6 kali, 3 sudu besar setiap kali makan). Kos anggaran lebih kurang RM13- RM15 saja.

Semoga bermanfaat.

Artikel berkait: Buat Sendiri Natural Remedy Guna Kunyit Untuk Rawat Kucing Luka & Kurap. Lebih Selamat

Kredit : Lina Ramlan

Published by
VK