Selepas beberapa hari bertarung nyawa, pelajar tingkatan dua yang menggantung diri setelah dituduh mencuri telefon bimbit gurunya akhirnya meninggal dunia semalam.
Kisah tersebut menjadi buah mulut apabila semalam ibu mangsa meluahkan perasaannya tentang apa yang berlaku dalam satu temuramah di sebuah stesen televisyen.
“Handphone cikgu tu dah dijumpai tapi anak saya…,”demikian persoalannya yang mengundang rasa sebak kalangan netizen selepas dia memberitahu bahawa telefon bimbit yang didakwa dicuri oleh anaknya itu ditemui tercicir di sebuah kedai makan.
Hanya kerana tuduhan tersebut siapa sangka pelajar tingkatan sekolah menengah sekolah SMK Metodist Nibong Tebal mengambil keputusan yang drastik. Berikut adalah kronologi yang berlaku kepada pelajar terbabit menerusi laporan portal-portal berita tempatan.
1. Seorang pelajar perempuan tingkatan dua SMK Metodist Nibong Tebal pada 24 Januari lepas, telah dituduh mencuri telefon Iphone milik gurunya.
2. Pelajar itu kemudian telah dipanggil oleh empat guru sekolahnya sebelum dituduh mengambil telefon bimbit jenis Iphone milik salah seorang daripada guru berkenaan.
Ads
Ketika ini pelajar tersebut dikatakan telah dikurung dalam sebuah bilik selama beberapa jam dan tidak dibenarkan keluar rehat (makan). Seorang guru yang berusia dalam lingkungan 40 an telah menuduh pelajar itu mencuri telefonnya. Pelajar itu berulangkali menafikan. Kemudiannya seorang guru lain bertindak memukul belakang badan pelajar itu di hadapan rakan-rakan sekolahnya yang lain.
3. Suami kepada guru terbabit hadir ke sekolah dan pasangan itu mengugut pelajar tersebut membawanya ke balai polis jika masih enggan mengaku telah mencuri telefon.
4. Kemudian, guru berkenaan bersama suaminya yang juga seorang cikgu telah menghantar pelajar tersebut pulang ke rumah ibu bapanya. Mereka turut memberitahu apa yang terjadi. Sejurus tiba di rumah, remaja itu berlari masuk ke biliknya.
5. Guru terbabit dan keluarga mangsa kemudiannya keluar untuk berunding dan berbincang.
6. Selepas itu, keluarga mangsa pulang ke rumah lebih kurang jam 8 malam dan menghampiri bilik anaknya. Beberapa kali pintu diketuk, dan nama anak dipanggil tetapi tidak disahut.
Ads
Bimbang dengan keadaan yang mencurigakan itu, bapa pelajar itu kemudian bertindak memecahkan pintu bilik dan mendapati anaknya sedang tergantung (membunuh diri).
7. Ketika diselamatkan, pelajar itu masih lagi bernyawa dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Turut ditemui adalah nota yang ditulis oleh pelajar berkenaan.
8. Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketika itu dilaporkan dua organ utamanya separa berfungsi dan berada dalam keadaan koma.
Bagaimanapun keadaannya semakin pulih dan stabil meskipun dirawat di ICU. Pada 29 Januari lalu, organ-organ penting pelajar berkenaan juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan berfungsi meskipun remaja itu bergantung pada mesin pernafasan.
Ads
9. Menurut bapa pelajar itu, mangsa mengalirkan air mata selepas bapanya bercakap dengannya (pelajar itu dalam keadaan koma) ketika melawatnya di hospital pada 29 Januari 2018.
10. Namun tepat jam 3.30 pagi, 1 Februari lalu, selepas beberapa hari bertarung nyawa, pelajar itu meninggal dunia selepas menghembuskan nafas terakhirnya.
Sumber: The Star, Free Malaysia Today, Harian Metro
Meski sedap mata memandang namun tak semua wanita tertarik dengan lelaki kacak dan memilih mereka sebagai pasangan hidup.
Mungkin sebab itu juga ramai wanita memilih pasangan yang biasa dari segi rupa paras malah ada yang dilihat sangat berbeza bagai beauty and the beast.
Menariknya ada kajian dibuat tentang perkara ini yang berkait dengan kebahagiaan.
Satu kajian saintifik menunjukkan, rata-rata wanita lebih bahagia dengan pasangan yang kurang menarik daripada dirinya sendiri.
Hasil kajian Florida State University menganalisis hubungan 113 pasangan yang baru berkahwin dalam usia 20-an. Tujuannya ialah untuk mengetahui sama ada penampilan menarik seseorang itu adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan.
Kajian sebelum ini pada tahun 2011 oleh Journal of Personality and Social Psychology menyebut lelaki biasa dengan isteri cantik umumnya mempunyai perkahwinan yang lebih berkekalan dan bahagia.
Penemuan terbaru ini menyokong kajian di mana ramai wanita memang lebih bahagia dengan lelaki rupa ‘biasa’.
Hasil kajian juga mendedahkan, wanita yang mempunyai suami menarik ternyata lebih bimbang dari segi penampilan mereka dan sanggup berusaha untuk berdiet dan menjaga penampilan. Mereka juga lebih takut jika suami mereka akan dirampas oleh orang lain.
Sebaliknya, isteri-isteri yang mempunyai suami yang kurang menarik, tidak terlalu memaksa diri dari segi penampilan. Mereka juga tidak merasakan keperluan untuk bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik.
Ada betulnya juga hasil kajian ini. Tapi kalau dah jodoh dengan lelaki kacak nak buat macam mana kan. Terimalah dengan redha.
Dua jam yang lalu, pelakon Mia Sara Nasuha atau Mia memuat naik status di instagram berserta foto dengan wajah tersenyum.
Dengan kapsyen bertulis ‘insya-Allah i am getting better’ bagaikan mahu melegakan segala teka-teki yang bermain di fikiran pengikut instagramnya yang berjumlah 1.4 juta orang.
Walaupun senyuman boleh menyembunyikan sesuatu yang mungkin meresahkan, namun kita semua berdoa supaya Mia cepat sembuh. Apatah lagi tiada sebarang kepastikan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu bapa Mia sendiri.
Keadaan kesihatan Mia jadi tanda tanya bila pelakon ini memuat naik posting dia terlantar di hospital. Dengan hashtag i am sick telah membuatkan pengikut instagramnya tertanya-tanya apakah penyakitnya. Mia bagaimanapun tidak menjelaskan tentang punca dia dimasukkan ke hospital.
Dalam captionnya, Mia meminta semua peminat mendoakan kesejahteraannya.
Doakan Mia cepat sembuh ya. Komen murni murni je ya. Nite ? . . . #iamsick #miasara #miasaranasuha
Sakit buah pinggang?
dma_fsh_007Kak mia saya difahamkan yang kak mia ni sakit buah pinggang btl ke?kalau betul ,kak mia teruskan berdoa je ye allah sayangkan kak mia sebab tulah allah ujia akak macam tu .kuat ye kak mia
Salah seorang yang menulis komen telah bertanya mengenai penyakit Mia. Melalui komen itu, pengguna dengan nama dma_fsh_007 telah bertanya betul ke Mia menghidap sakit buah pinggang. Dia turut menasihati supaya Mia terus berdoa kepada Allah. Dan menganggap penyakit yang Mia hidapi ialah ujian kepada Mia kerana Allah menyayanginya.
Kalau selebriti lain sibuk buat Keke Challenge untuk dimuat naik dalam laman sosial, lain pulak couple yang tak pernah tak sweet nih Aeril Zafril & Wawa Zainal.
Mereka memuat naik aksi bermain Kaki Challenge, juga sejenis permainan zaman kanak-kanak yang dah lama kita tinggalkan.
“#kekechallenge tak ada, yang ada #kakichallenge je,” tulis Aeril.