Tip Jika Nak Ambil Stray Cat Untuk Dijaga. Ikut Panduan Ini Memang Sihat Gebu Si Bulus

Share

Ramai yang terjumpa kucing jalanan dan terdetik dalam hati nak ambil bawa balik. Ada yang kotor, berkurap dan berkutu tapi bagi pencinta kucing mudah sangat rasa simpati. Walau macam mana rupanya tetap dibawa balik.

Bagi yang dah biasa ambil kucing jalanan untuk dipelihara mungkin sudah tahu caranya tapi buat yang baru nak ambil, perkongsian dari Suraya Md Don boleh dijadikan panduan.

Tip jika ambil kucing jalanan

Kucing jalanan sahaja dari berkutu, cacing, kurap, kurus kering tapi bila dijaga betul hasilnya wowww!

Cara saya;

1. Kucing yang baru dikutip, saya asingkan sebelum dibawa ke vet.

2. Bawa vet, kucing akan diberi ubat kutu, cacing dan vaksin terus jika berat mencukupi.

3. Beri makanan yang tinggi protein. Saya selalu beri Taste Of The Wild (TOTW) dan Royal Canin Weaning untuk bantu kucing tambah berat badan. Seminggu beri 3-4 kali ayam rebus bersama labu.

4. Untuk vitamin saya beri Uphavit dan DMG sahaja. Kalau tiada Iphavit boleh beri Hemomax untuk naikkan selera makan.

5. Habis vaksin, saya terus mandulkan.

6. Kucing gemuk gebu ikut baka dan setiap kucing tak sama. Jadi janganlah risau kenapa kucing tak gemok gebu hingga sumbat macam-macam vitamin. Kesian buah pinggang kucing. Selalunya kucing lepas dimandulkan akan jadi gemuk sebab metabolisma badan kucing menurun (ini yang vet beritahu).

7. Setiap kucing ada berat tertentu.Kalau obes sangat pun boleh kena serangan jantung. Pembunuh dalam senyap kucing.

8. Macam kucing yang saya kutip, doktor maklumkan memang jenis rangka besar. Jadi yang hitam tu walau berat 7kg belum dianggap obes.

9. Jika kucing sakit mata, saya guna Nicol Eye Drop (farmasi ada jual), saya guna ini sebab kandungannya ada antibiotics.

Ubat dan peralatan untuk bersihkan kucing.

10. Sekiranya ada fungus saya guna krim Zaricort.

11. Cirit birit – beli ubat di vet warna putih macam kapur.

12. Ubat cacing – drontal (adult), ubat cecair kuning beli di vet sekiranya anak kucing.

Ini litter box anak kucing, letak tepi pintu. Kotak telur untuk kucing mencakar.

Info: Kucing hitam tu umurnya sekarang 4 tahun ½ dah dengan kami. Kucing oren baru 6 bulan.

Semoga bermanfaat

Sumber: Suraya Md Don

Published by
VK