Bila muka ada masalah terutamanya breakout kebanyakan kita biasanya akan terus cari produk kat farmasi untuk atasinya.
Sama juga dengan gadis yang membahasakan dirinya sebagai Ji ini. Akibat masalah jerawat yang teruk dalam tempoh yang lama gadis dia sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk merawatnya.
Tapi hasilnya tetap hampa. Sehinggalah satu ketika dia mencuba rawatan secara tradisional yang dicadangkan oleh seorang nenek di kampungnya.
Menggunakan tepung pulut sebagai mask ternyata inilah rawatan yang berkesan dan serasi dengannya. Malah kulit yang dulu penuh jerawat merah kembali pulih dan halus. Ha…hebat tak penangan tepung pulut!
Nak tahu macam mana petuanya boleh ikut thread yang dikongsi oleh t$unadeh .
Ambik petua dari nenek kat kampung
Cara buat mask
Hasilnya jerawat surut, kulit mulus macam punggung baby
Buat mask sekerap mungkin
Untuk yang ada masalah jerawat bolehlah cuba ni dulu sebelum beli produk mahal. Tak rugi, tepung pulut berapa ringgit jer pun uols.
Sumber: t$unadeh
Berbaloi Sangat Tanam Kailan, Sebulan Lebih Boleh Tuai Hasil. Tapi Potong Begini Supaya Bercambah Lagi
Memang berbaloi tanam kailan sekarang apatah lagi ketika ini harga sayur naik. Kailan, selain mudah bercambah, ia juga senang dijaga. Sesuai sangat kalau nak ditanam di rumah.
Boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga. Lagi satu yang best tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai. Dah boleh masak kailan ikan masin! Tak payah order kat restoren yang harganya RM18 sepinggan kecil.
Bagi yang baru nak cuba tanam sayur bolehlah ikut langkah penanaman ini.
Tip kalau nak mula tanam kailan
1. Letak biji benih atas tray semaian atau polibeg (anak benih boleh beli di nurseri atau online). Boleh guna media semaian peat mos.
2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.
3. Bila anak benih berdaun 4 boleh alih ke atas tanah atau polibeg atau batas. Kailan sesuai ditanam atas tanah yang tinggi kadar organik.
4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
5. Siram 2 kali sehari pagi dan petang.
6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.
Petua penjagaan kailan
- Boleh siram dengan air basuhan beras
- Guna baja tahi ayam
- Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.
Sumber: myagri.com.my & Facebook Berkebun D Rumah
Subscribe juga YouTube Vanilla Kismis untuk video menarik.
Cara Buat Sup Tauhu Telur Yang Sedap & Tip Agar Tauhu Tak Hancur, Sup Telur Elok Macam ‘Bertali’
Ramai yang suka makan sup tauhu telur macam ni tapi tak berapa mahir nak masak. Ada yang jadi terlalu pekat. tauhu hancur, sup telur berketul dan tak cantik.
Supaya hasil kejadian sup tauhu telur yang kita buat sedap dan elok, boleh ikut cara dan tip yang dikongsi oleh Siti Zanariah Khalit.
Buat sendiri sup tauhu telur yang sedap, ikut cara dan tip ini
Lauk kegemaran anak-anak saya, sup tauhu telur. Cepat, ringkas dan insya-Allah sedap.
Bahan-bahan:
- Tauhu telur- potong tauhu telur 4-6 potongan untuk satu tiub
- Bawang putih – dicincang
- Serbuk lada hitam
- Udang / isi ayam
- Sos tiram – anggaran 2 sudu besar
- Cendawan shimeji / fresh shitake
- Lobak merah – hiris halus memanjang
- Daun sup – dihiris
- Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (boleh juga guna tepung jagung)
- 2 biji telur – pukul dengan garfu
- Garam
- Serbuk perasa (kalau suka)
Cara membuat
1. Goreng tauhu telur menggunakan minyak yang betul-betul panas supaya tak meletup-letup. Angkat dan ketepikan bila nampak keperangan.
2. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang / ayam dan serbuk lada hitam.
3. Kemudian masukkan sos tiram, air dan cendawan. Biar mendidih.
4. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam.
5. Sambil kacau kuah sup, tuang bancuhan tepung ubi. Tapi pastikan jangan sampai bergentel. Tip; kuantiti tepung ubi jangan banyak sangat supaya bila masak tak rasa macam ada gam. Jika tak biasa guna seeloknya pakai tepung jagung.
6. Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi.
7. Perlahankan api, tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat). Biarkan dalam dalam beberapa saat.
8. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tu nampak seperti bertali.
9. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.
Tip elak tauhu hancur, cara potong kena betul
- Potong tauhu di bahagian tengah tiub dulu, ikut garisan yang ada pada pembungkus (bukan potong dari muncung tiub ya). Selepas potong dua kemudian baru potong ikut saiz yang kita nak.
- Waktu menggoreng minyak kena betul-betul panas dan guna api besar. Bila dah keperangan baru terbalikkan. Insya-Allah tak hancur dan tak meletup.
Selamat mencuba.
Sumber: Siti Zanariah Khalit
Nak Mudah Tanam Sayur Boleh Guna Kaedah Hidropot. Siram Seminggu Sekali, Tak Kotor & Mudah Nak Alih
Bagi yang minat berkebun tapi bekerja, tiada masa siram pokok atau kediaman tiada tanah untuk bercucuk tanam mungkin boleh cuba kaedah penanaman hidropot ini.
Sebab cuma perlu siram seminggu sekali, tak kotor dan senang nak alik tanaman. Mudah kerja.
Caranya dikongsi oleh Mohd Nor.
Cara mudah tanam sayur di rumah
Untuk golongan yang sibuk bekerja, tiada masa untuk berkebun & ruangan rumah yang sempit tapi teringin nak berkebun cara hidropot amat sesuai. Siram seminggu sekali saja, tidak mengotorkan ruang serta mudah dialihkan.
Barang yang diperlukan
Baldi
Pasu plastik
Cocopeat/tanah
Baja AB (boleh beli di nurseri)
Span (boleh guna span akuarium)
Cuma perlu buat lubang pada pasu dan masukkan span akuarium yang dipotong memanjang untuk dijadikan sumbu.
Masukkan baja AB dalam baldi kemudian letak pasu bersumbu. Isi pasu dengan cocopeat/tanah dan cucuk keratan atau anak benih sayur. Air diserap naik ke atas jadi pokok tak perlu lagi disiram hari-hari.
Nak alih pun mudah, angkat saja baldi. Selain tanam bayam Brazil boleh juga tanam pokok kesum, pegaga, ulam raja dan beberapa lagi jenis sayur.
Selamat mencuba.
Sumber : Mohd Nor