Kalau bercucuk tanam di rumah terutama untuk kegunaan sendiri lebih elok elakkan penggunaan baja berasas bahan kimia.
Nak lebih selamat dan sihat kita sendiri buat baja organik menggunakan tanaman. Salah satunya menggunakan kulit nenas. Jika selalu kita buang saja, lepas ni kulit nenas kita olah untuk buat baja organik untuk suburkan pokok buah dan sayur.
Cara buat baja organik menggunakan kulit nenas ini dikongsi oleh Cikwan Redzuan Jelani.
Isi kita makan tapi kulit nenas jangan dibuang. Kita buat jadi baja organik! Caranya;
1. Letak air hujan/ mineral suku blender kemudian potong kulit nenas tadi. Kisar dengan air hujan sikit demi sikit sampai habis.
2. Dah kisar campurkan jus kulit nenas dengan gula merah dan Yakult sebotol. Nisbah 1:1 sekilo kulit nenas, sekilo gula merah.
3. Masukkan dalam bekas bertutup, saya guna bekas sabun yang dah dicuci bersih.
4. Peram 2 minggu dekat tempat teduh, buàng gas setiap supaya tak meletup.
5. Selepas 2 minggu dah boleh guna. Caranya tapis serdak nenas tadi ambil air saja. Serdak masukkan semula dalam botol, peram lagi sampai terhurai habis.
6. Air baja yang diasingkan boleh masukkan dalam botol lain, dah jadi pati baja.
1. Ambil 10ml pati baja campur dengan 1 litre air, semburlah pada pokok nenas, pokok buah buah limau, jambu, durian belanda, terung, cili dan sebagainya. Sayur sayuran pun boleh tiada masalah.
2. Sembur waktu petang dengan kekerapan 3 hari sekali. Tak sempat, seminggu sekali pun boleh janji ada baja!
3. Jika ada pokok yang sedang berputik sembur pada putik lagi cantik.. InsyaAllah buah akan terus lekat nanti ,contoh macam durian belanda yang payah sangat nak lekat buahnya.
Semua buah buahan yang manis boleh recycle untuk jadikan baja buah cuma perlukan sedikit kerajinan. Sayang dibuang begitu sahaja.
Semoga bermanfaat
Sumber: Cikwan Redzuan Jelani.