Pisang antara buah yang selalu ada di rumah kita. Sama ada untuk dimakan segar atau dibuat masakan.
Biasanya kulitnya kita akan buang, tapi selepas ini simpan untuk diolah terutama yang bagi yang bercucuk tanam.
Kulit pisang ini boleh kita jadikan baja untuk pokok sayur dan juga pokok bunga. Ia kaya dengan potassium dan nutrien yang berguna untuk kesuburan pokok.
Pokok basil atau pokok selasih ini adalah hasil siraman baja kulit pisang. Bukan main subur kan.
1. Ambil kulit pisang (dari 2 biji pisang yang besar). Potong dan rendam dalam lebih kurang 3 liter air.
2. Rendam semalaman dan keesokan hari boleh siram pada pokok sayur, bunga atau pun herba. Tak perlu masuk dalam peti ais.
3. Jika air habis boleh tambah, sehinggalah kulit bertukar menjadi coklat, bolehlah dibuang.
Air kulit pisang ini adalah baja organik yang sangat baik untuk menyuburkan tanaman dan murah.
Selamat mencuba.
Sumber: Sandi Ezell & Impiana