Sisa dapur terutama kulit sayur, kerak nasi selalu kita masuk dalam tong sampah saja.
Tapi kalau di rumah ada bercucuk tanam elok kalau guna semula sisa dapur untuk buat baja dan kompos. Tak perlu bekas atau tong besar, boleh guna botol minyak kosong saja.
Cara ini dipraktikkan oleh Scarlet Rose Haida Garden.
Bagi yang nak cuba, ini cara yang dikongsi.Cara saya buat baja kompos dari sisa dapur. Kulit bawang, sayur, kerak nasi, roti expired dan sebagainya letak dalam botol minyak masak terpakai.
Alhamdulillah pokok subur, bahan dalam botol minyak yang dah hancur boleh buat tanam sayur pula. Kalau nak cuba ini caranya;
1.Sediakan botol minyak masak, potong bahagian atasnya untuk mudah masukkan sisa dapur.
2. Buat juga lubang di bahagian bawah supaya air sisa dapat keluar dan tak busuk.
3. Masukkan kulit bawang, kentang, kulit sayur, kerak nasi, nasi basi masukkan dalam botol minyak (boleh juga masukkan sekali perut ikan atau ayam). Tak perlu tambah air.
4. Letak tepi pokok yang sedia tumbuh, dan benamkan sedikit supaya airnya meresap ke tanah dan tak berbau. Air yang terhasil dari proses pereputan sisa dapur ini akan menyuburkan pokok.
Supaya tak digali oleh binatang dan sebagainya, boleh tutup dengan kayu dan tindan dengan benda berat.
5. Selepas sebulan, sisa ini akan hancur, boleh top up tanah dan tanah sayur dalam bekas ini. Insya-Allah akan subur hasilnya. Saya suka tanam daun bawang dan kucai, happy pokok dalam pasu tu menghijau.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Scarlet Rose Haida Garden