Ramai yang berkongsi tip menyuburkan tanaman menggunakan kulit telur. Sumber kalsium dari kulit telur ini mampu menguatkan akar, batang dan ranting. Bila semuanya kuat barulah pokok cantik dan daun subur.
Tapi untuk menggunakan kulit telur bagi dijadikan baja ada cara atau tekniknya. Ada yang terus letak kulit telur pada tanaman tapi cara ini bukanlah yang terbaik sebab akan mengambil masa untuk menguraikannya.
Cara betul untuk membuat baja dari kulit telur ini dikongsi oleh Cikwan Redzuan Jelani.
1. Jemur cengkerang/ kulit telur sampi betul kering! Bila kering, kulitnya berubah warna dari coklat keputihan.
2. Bila kulit telur sudah kering, kulit akan lebih rapuh dan senang untuk Jadi boleh ramas-ramas saja.
3. Jika kuantiti sikit, boleh tumbuk dengan lesung batu. Tapi jika banyak boleh guna pengisar kering. Kisar halus sampai jadi macam tepung halus mulus.
4. Selepas kisar masukkan dalam bekas. Labelkan “calcium pokok” sebelum simpan, bimbang ada yang tersilap guna nanti.
Cara penggunaan pada tanaman ada 2 kaedah
1. Tabur terus ke tanah/ campurkan dengan tanah semaian.
2. Campur dengan air hujan/EM yang diperbuat dari buah buahan/sayuran dan peram sekurangnya 2 minggu dalam bekas yang bertutup.
Sebelum guna kacau sebatian dan tapis. Ambil air baja ini 10 ml dan campur dengan 1 liter air.
Siram pada pokok, 2 tahun diperlukan untuk cengkerang ini terhurai sepenuhnya. Ini kalau tak ditambah, jika selalu tambah takkan habis stok baja kalsium.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Cikwan Redzuan Jelani.