Bila nak masak udang, selalu untuk mudah makan kita kupas siap-siap kulitnya. Kemudian barulah dimasak. Kulit udang ini pula ada yang buang. Ha…rugi.
Kulit udang ini sebenarnya banyak sangat khasiat dan boleh kita oleh untuk masuk dalam masakan. Menurut Dr Mazliana Mazlan kulit udang yang dikupas ini tinggi khasiat kalsium dan rugi jika dibuang.
Jelasnya jika anak tak makan udang, boleh ambil kulit udang ini dan reneh untuk jadi sup kulit udang. Sup ini boleh disimpan dan dimasukkan dalam masakan anak agar anak dapat khasiat kalsium.
Kulit udang jangan buang! Tinggi betul dengan kalsium, bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak-anak.
Kalau udang kecil, ajak je anak makan sekali dengan kulit. Kalau udang besar dan anak tak boleh makan, kopek siap-siap dan reneh sup kulit udang untuk anak. Simpan dan guna bila perlu. Masuk sup kulit udang dalam sayur pun sedap sangat kan.
Kita yang dewasa, kalau boleh makan udang sekali dengan kulitnya, itu pun boleh top up kalsium dalam badan kita. Kan makin berusia, makin rapuh tulang kita.
Khasiat lain dari kulit udang, selain kalsium;
Fosforus
Iron
Magnesium
Zink
Sodium
Potasium
Selenium
Banyak kan mineral yang ada.
Makanan yang kita selalu buang, yang tak nampak macam ada nilai pun, tapi sebenarnya banyak betul khasiat yang ada kan.
Inilah namanya real food. Betul-betul kita boleh panggil sebagai makanan dan ianya beri nutrisi pada tubuh badan anak.
Sebaiknya cuba cari udang laut, insyaAllah pilihan lebih baik dari udang bela.
Kita cuba sama-sama tau, perbanyakkan real food tinggi nutrisi buat anak-anak.
Dan elakkan ultra processed food yang mungkin boleh bawa keburukan pada anak-anak jika diambil dengan kadar yang kerap.
Sumber: Dr Mazliana Mazlan