Berita baik untuk suri rumah! KWSP untuk suri rumah bermula minggu depan. Program Sukarela Insentif (SURI), yang membolehkan surirumah peluang menikmati sekuriti sosial yang berkualiti dan meningkatkan sekuriti pendapatan.
Ia bagaimana pun akan dilaksanakan dalam tiga fasa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Suri simpan RM5, Kerajaan Sumbang RM40 sebulan
Beliau berkata, fasa satu akan bermula minggu hadapan pada 15 Ogos di mana anggota SURI boleh menyimpan minimum RM5 sebulan dalam akaun KWSP masing-masing dan kerajaan pula akan menyumbang RM40 sebulan.
Ads
“Buat permulaan, kumpulan sasaran bagi fasa satu terdiri daripada para surirumah kepada ketua isi rumah. Sasaran ketua isi rumah ialah lelaki berkahwin (bagi setiap isteri-isteri), ibu tunggal dan janda yang berdaftar dengan e-Kasih.
“Kerajaan berhasrat memastikan kebajikan orang ramai. Bagaimanapun, setiap rakyat perlu menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan taraf hidup, Sumbangan minimum RM5 setiap bulan di bawah program ini mewakilkan komitmen daripada orang ramai dan pada masa sama menyemai sifat suka menabung untuk masa hadapan mereka,” katanya hari ini.
Perlindungan Perkeso fasa kedua
Dalam ucapannya pada Persidangan Sekuriti Sosial Antarabangsa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2018, Dr Wan Azizah berkata sumbangan kerajaan itu akan dinaikkan kepada RM50 pada fasa kedua insentif itu, di mana sejumlah RM10 akan diagihkan untuk perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO).
Dr Wan Azizah berkata, bagaimanapun, sebagai perlindungan di bawah PERKESO buat masa sekarang ia tidak diperluaskan kepada surirumah, kerana terdapat keperluan untuk membuat beberapa perubahan undang-undang bagi membolehkan fasa kedua boleh dilancarkan awal tahun hadapan.
Beliau berkata, program berkenaan akan dilanjutkan pula ke fasa ketiga di mana dua peratus daripada sumbangan KWSP suami akan dimasukkan dalam akaun isteri.
“Untuk sampai ke fasa ketiga ini akan mengambil masa kerana ia memerlukan pindaan dilaksanakan terhadap Akta KWSP 1991. Kita masih meninjau beberapa pilihan untuk tujuan ini, dengan mengambil kira beberapa faktor kewangan dan bukan kewangan,” katanya dan menambah bahawa kerajaan berharap dapat melancarkan fasa itu awal 2020.
Ads
Beliau berkata, menerusi perkongsian strategik dengan KWSP dan PERKESO, kerajaan berharap dapat melihat lebih ramai wanita di negara ini mendapat perlindungan sosial dan sekuriti pendapatan yang mereka layak terima dan bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dengan kehormatan sepanjang usia emas mereka.
“Apa yang penting ialah mempelajari daripada kesilapan lepas dan memperkenalkan dasar berkesan yang boleh bertindak balas kepada keadaan ekonomi, penyelesaian bukan sahaja kepada kesan daripada keadaan semasa malahan bagi menguatkan persediaan menghadapi masa hadapan,” katanya.
Meski sudah diberitahu tentang bahaya rokok tapi masalahnya ia tetap tak mampu ditinggalkan. Lebih menyedihkan semakin ramai pula yang merokok termasuklah kaum wanita.
Hakikatnya berilah ceramah panjang lebar hatta dari ustaz sendiri pun, tabiat merokok ini takkan mampu dihentikan selagi tuan punya badan tiada niat untuk menghentikannya.
Semoga kisah daripada @nurssabrinaaa ini sedikit sebanyak mencetuskan keinsafan untuk perokok meninggalkan terus tabiat buruk ini.
Bukan untuk kesihatan diri anda seorang tapi untuk elak pasangan, anak-anak dan keluarga yang menyayangi kita menderita.
Lihat saja betapa sedihnya hati seorang anak yang kehilangan bapa akibat kanser lidah yang berpunca dari rokok. Lebih perit dia terpaksa melihat penderitaan yang dialami oleh arwah ayahnya sebelum meninggal dunia.
Nur Sabrina berkongsi kisahnya dalam satu thread yang telah diretweet sebanyak 17k oleh warga Twitter.
Abah aku meninggal sebab cancer lidah & of course sebab rokok. Siksa dia menahan sakit kita tengok pun nangis. Goodluck untuk smoker yang bakal menghidap kesakitan2 yang berkaitan.
Ni lidah yang lepas kena operation. And tube tu yang dekat leher (for breathing) cancer dia dah pecah dalam sampai darah keluar ikut saluran penafasan(last week bfr he passed away). And the last picture at my graduation day, I can’t take a picture with him :’) rokok membunuh
He can’t even eat & talk for a year after the operation untill his last breath :’) please & please if you love ppl around you, stop smoking. It’s hurting yourself and ppl around u too. Think of your future.
Im not lying about rokok guys. Berhenti sebelum terlambat. We (family yang kehilangan insan tersayang disebabkan rokok dah tahu sakitnya macam mana).
Pengalaman hilang insan tersayang akibat rokok
Tweet dari Nursabrina ini turut mendapat respon warga Twitter yang turut berkongsi pengalaman kehilangan insan tersayang akibat rokok. Kisah-kisah mereka juga cukup menyedihkan.
Ayah heavy smoker
Dah quit tapi kesannya masih ada
Ayah meninggal sebab COPD, puncanya ROKOK
Hidup susah lepas ayah meninggal
Seksa tengok isteri dan anak kecil yang ditinggalkan
Jika kebiasaannya pengacara New York Televisyen, Natalie Pasquarella membaca berita semasa tapi kali ini beliau sendiri menjadi subjek beritanya.
Ketika sedang mengacarakan satu program bersama empat lagi pengacara NBC News pada jam 11 malam Selasa beliau telah tertawa kecil dengan jenaka dari salah satu berita yang dibualkan.
“Sewaktu ketawa itulah air ketubannya pecah, ketika kami masih dalam set dan sedang bersiaran langsung,” ujar teman pengacara yang membuat pengumuman tersebut keesokan harinya.
Namun menariknya, selepas mengetahui air ketubannya pecah Pasquarella mengendalikannya seperti seorang ‘pro’.
Dia terus mengacarakan rancangan sehingga selesai sebelum memberitahu eksekutif produser dan rakan yang lain. Pasquarella kemudian dikejarkan terus ke hospital, di mana suami sudah pun menunggunya.
13 jam kemudian dia selamat melahirkan cahaya mata yang diberi nama Jamin James.
“Kelahiran awal yang sangat indah, terima kasih pada yang memberi ucap selamat,”katanya dalam instagram.
Walau tinggal nun jauh di Birmingham United Kingdom tapi anak kecil bernama Fatimah aka Timoh cukup popular kalangan rakyat Malaysia. Semuanya gara-gara kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan. Lagi meriah bila adiknya Ali turut mengikut kepetahan kakaknya.
Terbaru melalui perkongsian di instagram Fatimah, 4 tahun sudahpun mula bersekolah rendah. Tapi apa yang menarik adalah reaksi adik Fatimah iaitu Ali yang begitu sedih bila terpaksa berpisah dengan Fatimah sekali pun hanya beberapa jam.
Lebih menyentuh hati bila melihat cara Fatimah mententeramkan adiknya Ali. Korang tengoklah video ini. Menurut ibunya dia sudah dapat menjangka perkara ini akan berlaku memandangkan keduanya cukup rapat ibarat kembar.
“Momen ini memang menyentuh hati. Ia berlaku sebelum Fatimah ke sekolah semalam. Seperti dijangka, ali mula menangis. Kami semua tahu waktu ini akan tiba kerana mereka berdua cukup rapat macam anak kembar yang mustahil untuk dipisahkan.
Kami tersentuh hati melihat kematangan Fatimah menenangkan Ali. Dia habiskan masa lebih setengah jam untuk memujuk adiknya sambil dia juga cuba menahan air mata. Dia memang kakak yang baik. Moga Ali dapat cepat menyesuaikan diri dengan perubahan ini,”ujar ibunya.
Melihat aksi dua beradik ini meski hati sebak tapi keakraban sebeginilah yang seharusnya diterapkan kalangan anak-anak. Saling menyayangi antara satu sama lain.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...