Ada cara senang buat apa ikut cara susah kan. Kalau teringin makan lemang dah tak perlu keluar beli atau susah payah bakar.
Sekarang ada saja cara kreatif yang lagi mudah dikongsi oleh netizen untuk menyediakan makanan tradisional ini.
Antara caranya adalah dengan memasak lemang menggunakan tin minuman. Cara memasaknya pula boleh menggunakan sama ada periuk tekanan, oven, pengukus atau masak dalam rice cooker saja.
Idea kreatif ini dikongsi oleh saudara Are Peace.
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1/2 kg santan pekat (tambah sedikit air untuk samakan dengan pulut)
Sedikit garam
1. Tin minuman dibasuh bersih dan masukkan daun pisang.
2. Basuh beras pulut lalu masukkan dalam tin 3/4 penuh.
4. Masukan tin ke dalam inner noxxa dan masukan air dalam inner suku dari tin tersebut( boleh rujuk gambar).
5. Hp selama 30 minit dengan Noxxa.
6. Keluarkan wap.
7. Alihkan tin tersebut ke dalam oven. Bakar 15 ke 20 minit 200°c.
8. Bila dah siap tunggu sejuk dan boleh keluarkan lemang dari tin….
Hidang bersama rendang. Selamat menjamu selera.
Sumber : Are Peace via Masak Apa Hari Ni