Ketika namanya sedang melonjak naik dalam industri seni, beliau menggalas tanggungjawab besar.
Pada usia 20 tahun, ketika teman lain masih mencari hala tuju hidup Datin Seri Umie Aida sudah pun bergelar ibu kepada dua anak angkat yang hadir dalam hidupnya.
Masa berlalu dan kini anak angkat tersebut sudahpun dewasa malah telah pun berjaya menamatkan pengajiannya di institusi pengajian tinggi.
Umie berkongsi perkara tersebut dalam akaun intagram miliknya bila Mohd Daniel Firdaus, 24, menerima Ijazah Pengurusan Pengurusan dalam majlis Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-12, baru-baru ini.
Dia meluahkan rasa bangga atas kejayaan anaknya meskipun dibesarkan oleh dirinya yang ketika itu menjadi ibu pada usia yang sangat muda.
Dalam tempoh membesarkan anak-anaknya ini kata Umie ada pahit manis yang ditempuhi namun ia kini menjadi cerita indah dalam hidupnya.
Selain Daniel, Umie turut mempunyai seorang lagi anak angkat, iaitu Mohd Dzulhelmy yang kini berusia 23 tahun.
Sumber: instagram umieaida9
Hebatnya Doa Sebelum Berbuka, Tapi Sayang Ramai Yang Abaikannya
Isi Kandungan
Toggle
Menjelang waktu berbuka kebanyakan kita sibuk dengan persiapan menyediakan hidangan malah masih ada yang di bazar Ramadan ketika 15 minit sebelum iftar.
Sedangkan pada pada masa ini seharusnya kita tenang dan lapangkan diri untuk berdoa. Ini kerana menjelang waktu berbuka dan juga sahur adalah termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.
Perkongsian ini diambil daripada Facebook Ustaz Iqbal Zain
Waktu yang mustajab untuk berdoa
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan Maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai air mata mereka mengalir deras.
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan Maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Luangkan sedikit masa untuk menadah tangan
Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita luangkan sedikit masa, antara 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT. Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.
Cadangan doa ketika berbuka puasa
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua.
Sumber: Ustaz Iqbal Zain
Pindah Rumah Baru Cuci Saja Tak Cukup, Perlu Buat 5 Amalan Ini Termasuk ‘Pagar Rumah’ Ikut Ajaran Islam
Isi Kandungan
Toggle
Tak kira rumah sewa atau rumah sendiri yang baru siap, persediaan untuk berpindah masuk rumah baru ini bukan setakat perlu mencucinya dengan bersih tapi sebagai umat Islam sebaiknya amalan ini yang kita praktikkan.
Bagi yang baru mendapat kunci kediaman baru eloklah perkara ini diamalkan sebelum berpindah masuk.
1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.
Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan.
Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut:
- Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas).
- Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
- Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
Kredit: Pakar Diari Hati
Tip Tingkatkan Self Esteem Anak, Ibu Super Busy Ini Kongsi Cara Buat Anak Rasa Dihargai
Isi Kandungan
Toggle
Wanita yang bergelar Pengarah Urusan dan Pengasas Ellsee, Norsahida Mohamad Said ini sangat sibuk dengan urusan perniagaannya. Bukan setakat menguruskan perniagaan di dalam negara, namun Norsahida atau lebih mesra dikenali sebagai Sheda Said ini turut membawa jenama Ellsee ke peringkat antarabangsa misalnya di Kota London dan Brunei.
Walau sibuk, pada masa sama, beliau tidak mahu membuatkan anak-anaknya seramai empat orang itu rasa terpinggir. Anak-anak tetap keutamaan dalam hidup. Beliau tidak mahu menjadi wanita berjaya dalam perniagaan namun gagal meraih kasih sayang anak. Bagi Sheda, keseimbangan antara perniagaan dan keluarga perlu berada dalam landasan yang betul.
Melalui instagram, Sheda Said berkongsi tip yang diamalkan untuk membuatkan anak rasa dihargai dan sentiasa diperlukan oleh ibu bapa.
Ucapkan pujian kepada anak dengan penuh emosi
Hai ibu, mak, umi dan mama ❤
Ini mungkin boleh membantu – Cara tingkatkan Self-Esteem anak. .
? Puji anak dan selalu ucap perkataan yang buat mereka bangga pada diri mereka setiap kali dia siapkan tugasan yang diberi.Tips: Ucap dengan penuh emosi dan memek muka juga beremosi.
Contoh:
Wahhhh.. pandainya Kak Aeisya tulis huruf jawi ni. Mesti kak Aeisya boleh tulis lagi cantik lepas ni.
Walau sibuk, anak dan keluarga tetap keutamaan.
Pelukan dan ciuman
? Peluk dan cium mereka untuk beri mereka semangat dan tunjukkan kasih sayang.
Anak yang sentiasa di peluk ini tidak akan mencari kasih sayang orang diluar dari keluarganya kerana hati mereka sudah penuh dengan kasih sayang famili sendiri.
Fahamkan anak erti susah dan gagal
? Luangkan masa berborak dengan anak pasal kehidupan. Biar dia tahu erti kegagalan dan kesusahan, rasa sakit jika impian tidak tercapai.
Walaupun mereka belum faham sepenuhnya tapi mereka ingat memori kita berborak dengannya, mereka ingat apa yang kita cakap padanya.
Contoh:
Abang tahu tak kenapa ibu kena pi ofis? Sebab ibu nak cari duit. Duit tu ibu nak bayar yuran sekolah abang, sekolah adik. Ibu nak bayar duit rumah yang kita duduk ni, duit kereta yang kita guna pi mana mana.Atau
Tak mau lah sedih sedih. Mesti cikgu ada sebab kenapa cikgu tak pilih kakak masuk pertandingan mengaji tu.
Dalam hidup ni, kita tak boleh dapat semua yang kita nak. Kadang kadang, apa yang kita nak tu kita dapat lambat. Abang faham? —
In sya Allah anak anak ni boleh faham dengan caranya.
Yang penting, dia dapat hargai dirinya sendiri dan rasa dirinya diperlukan.Betulkan? .
Kak Sheda,
Ibu yang SuperBusy
VK pun akan amalkan tip ni sebab anak-anak perlu kita berikan perhatian walau sesibuk mana pun kita dengan rutin harian.
Sumber: Sheda Said