Sayu sungguh membaca perkongsian ibu bernama Puteri Fazeera….
Masih dalam pantang selepas melahirkan zuriat yang agak lama ditunggu kehadirannya, hati ibu ini memang cukup teruja menjaga bayinya. Apatah bila melihat bayi comel itu sudah pandai tersenyum.
Namun ketentuan Yang Maha Esa, rezeki menimang Muhammad Raid Fawwaz tidak lama. Bayi yang baru berusia sebulan ini pergi secara tiba-tiba ketika lena tidur.
Awalnya dipercayai tersedak susu namun setelah post mortem dilakukan rupanya ia berpunca dari jangkitan paru-paru.
Selama 34 hari bersama arwah Raid, ibu ini bercerita apa yang berlaku untuk menjadi panduan serta pengajaran kepada ibu bapa lain. Supaya mereka tak melalui episod kehilangan anak yang cukup memeritkan seperti mereka.
Assalamualaikum …Al fatihah buat wildan syurgaku . Ummi rindu sangat kat awak sayang. Ummi tahu awak lagi bahagia & tenang kat sana disamping malaikat yg menjaga . Syukur hari ni diberi sedikit kekuatan untuk meluahkan & berkongsi cerita .
Raid anak ummi yg kuat. Raid murah senyuman walaupun hakikatnya raid tgh sakit raid tak pernah tunjuk yg raid sakit,tak pernah sedikit pon demam dan lain-lain.
Pesanan untuk ibubapa & bakal ibu bapa di luar sana kalau anak/baby nafas berbunyi mcm berkahak/berdengkur walaupun dah berkali pergi klinik untuk check lebih baik refer pakar kanak2 dgn segera!
Tak lama lepas kelahiran nafas raid berbunyi berkali kami pergi klinik untuk check sebab risaukan pernafasannya. Tapi doktor tetap kata paru-paru raid ok. Raid tak selsema, raid tak demam everything ok. Jawapan yg sama bila pergi klinik lain…
Subuh hari jumaat 9/2/2018 jam 5.3O pagi raid nangis sebab nak dipegang & bwk jalan-jalan sampai tertidur dan diletak semula kat tilamnya. 30 minit saja terlelap bila terjaga pukul 6 tengok raid dah longlai mengiring hidung berdarah + lendir, 1 badan pucat dan tak sedarkan diri.
Masa tu nadi memg da takde, sementara pjalanan kami tetap usaha berkali beri bantuan pernafasan kat mulut raid yg keluar lendir + darah dekat hidung. Pergi emergency klinik ksihatan tutup, then pergi emergency hospital waqaf.
Doktor usaha sedaya upaya, masa tu hanya berdoa agar Allah beri keajaiban. Doktor sahkan raid da takde. Sampai-sampai bacaan jantung raid dah flat. Bermaksud raid memg takde sebelum sampai situ. Doktor tak tahu apa punca raid meninggal dan doktor syak raid tersedak susu sebab lebihan susu keluar bersama darah dan lendir then suruh buat police report.
Polis buat order posmoterm katanye skrg KKM wajibkn ke atas kanak bawah 5 tahun. Sampai di jabatan forensik HSI doktor tanya dari awal smpai akhir ape yg berrlaku. Doktor cakap boleh tarik order posmoterm kalau tak nak, tak sanggup dgn mnyakinkan pihak polis yg buat order posmoterm tu agar tarik balik.
Sebab kami tak sanggup membayangkan Raid dibedah sana sini. Ape pun sebab kami redha dan takkan tuntut apa-apa dari mana-mana pihak. Kami terima kalau betul atas kecuaian kami smpai raid tsedak susu dan takkan mmaafkan diri sendri!
Pihak polis tetap berkata die takde kuasa even doktor kata hanya polis tu saja berkuasa dan cara lain pergi mahkamah tapi prosedur yg agak makan masa lama. Ade hikmahknya banyak sangat halangan masa nak tolak utk dibuat posmoterm.
Selpas siap post morterm doktor sahkan raid terkena jangkitan kuman kat paru-paru. Doktor kata kalau tersedak susu takkan keluar DARAH ! Mase tu yg terlintas di fikiran kami hanya “nafas berbunyi ! ” selama ni.
Selama ni doktor check paru-paru normal? Paru2 Ok? ? Raid sihat je? …Ya Rabbi, kami redha ya Allah segalanya mungkin da tertulis raid pinjaman sementara buat kami.Memang klau diberi peluang utk undur balik masa ummi n baba akan buat yg terbaik utk raid.
Tapi raid kuat,raid tak tunjuk langsung yg raid sakit, raid selalu senyum seolah raid sihat walafiat ! Peringatan utk ibu bapa diluar sana jgn ambil mudah kalau baby “nafas berbunyi” pergi refer PAKAR KANAK2 SEBELUM TERLAMBAT!
Kami share di sini agar ibubapa kat luar sana bole berhati hati dan supaya tak rasa keperitan kehilangan anak macam kami alami. Perit yg teramat! Lebih-lebih lagi penantian kami inginkan zuriat agk makan masa sedikit lama, bila da merasa menimang cahaya mata sendiri seketika kami diberi ujian sebegini…
Perit yang teramat sangat! Raid anak ummi baba. Tunggu ummi baba di sama ya sayang. Al-fatihah anak syurgaku MUHAMMAD RAID FAWWAZ BIN MOHAMAD RAZIF…Hadirnya raid seketika seolah olah mimpi yg sangat INDAH buat kami. Segalanya kini tinggal kenangan….
#Al-fatihah
#MuhammadRaidFawwaz
#wildanSyurgaUmmiBaba
Dalam kenangan
6 january 2018 (SABTU) – 9 February 2018 (JUMAAT)
#34Hari
Takziah diucapkan buat keluarga Puteri Fazeera. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga perkongsian ibu ini memberi pengajaran buat ibu bapa lain terutamanya.
Sumber: Puteri Fazeera