
Masa kecil-kecil dulu mesti ramai yang pernah makan pisang rebus ini. Makan waktu dah suam, cicah dengan kelapa yang digaul dengan garam dan gula. Simple tapi sedap sangat.
Cuma sekarang ini menu ini dah lama tak dihidangkan. Malah ramai yang tak tahu ada hidangan begini.
Supaya menu nostalgia ini tak dilupakan boleh cuba buat di rumah. Boleh guna pisang nangka, pisang abu, pisang awak, atau pisang nipah.
Cara membuat
1. Cuci bersih pisang.
2. Masukkan dalam periuk bersama dengan air dan garam.
3. Rebus selama 5-10 minit sampai naik aroma wangi pisang. Jangan rebus lama sangat ya.
4. Kemudian boleh angkat dan tos pisang.
Buat untuk makan petang, selain sedap ia juga sihat dan mengenyangkan.
Selamat mencuba.
Sumber : Sarimah Salleh & Cikbie CikHan
DIY Tukar Kasut Putih Jadi Lebih Bergaya, Cuma Guna Marker Fabrik & Kreativiti

Sejak pemakaian kasut hitam diperkenalkan di sekolah, harga kasut putih dah makin turun. Di kedai, kita boleh dapat dalam RM10-RM15 sepasang saja.
Waktu harga tengah murah kita boleh ambil peluang hasilkan kasut yang berbeza dan bergaya dari kasut putih ini. Semuanya terletak pada kreativiti!
Macam yang dikongsi oleh Rosmawati Mohd Zuki. Kasut putih dilukis dengan corak yang ringkas tapi cantik. Barulah gaya lain daripada yang lain.
Bahan cuma marker fabrik
Bahan yang digunakan cuma kasut putih dan juga marker khas untuk fabrik ( Unicorn Fabric Marker. Harganya cuma RM12.50 dan ada pelbagai warna.
Jangan bimbang lukisan pada kasut takkan luntur jika dibasuh melakukan dibasuh menggunakan peluntur.
Bagi yang nak mencuba boleh saja guna pakai idea ini tapi hasil lukisan boleh ikut kreativiti sendiri. Boleh jadikan karya Rosmawati sebagai rujukan ya.
Sumber: Rosmawati Mohd Zuki
Perkataan Ini TAK BOLEH Ada Dalam Bank Statement, Kalau Ada Loan Akan Kena Reject Terus

@banker.co Pandai2 lah letak ayat lain yee‼️ jangan ckp abam x payung 🥹 #fypシ゚viral #foryoupage #trending #fyp #loanswasta #loankerajaan #pembiayaanperibadi #pembiayaanperibadibank ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
INFO
Tanam Kangkung Dalam Bekas Air Bertakung Lagi Mudah. Rendam Batang Sampai Berakar, Alih Dalam Bekas

Isi Kandungan
ToggleKalau baru nak belajar tanam sayur, elok mulakan dengan tanam kangkung. Memang mudah.
Beli saja sayur kangkung di pasar dan rendam batangnya beberapa hari, dah boleh tanam. Selain itu rupanya tanam kangkung ini ada dua cara, boleh cucuk pada tanah dan tanam dalam air. Kedua kaedah tanam kangkung mudah ini dikongsi oleh Fatimah Naamat.
2 cara tanam kangkung dalam tanah dan air bertakung
Sayur ni kami panggil Kangkung Paya atau kangkung kampung. Kangkung ni tumbuh liar dekat paya atau mana-mana dalam hutan. Selalunya orang kat pasar tani dijual seikat RM2.
Walaupun murah, tapi dek kerana asyik beli je tiap minggu (sebab sayur favourite atuk) saya cubalah tanam. Hasilnya dapatlah jimat beberapa ringgit seminggu. Tapi kalau setahun banyak jugalah jadinya kan?
Lagipun tak payah tunggu pasar tani dah. Anytime nak makan pun boleh petik. Setakat nak goreng mihun ambil sikit dah okay sangat.
Jadi di sini saya nak kongsikan cara tanam kangkung yang mudah. Ada 2 jenis macam dalam gambar. Kedua-dua cara tanam kangkung ni pun senang.
2 cara mudah tanam kangkung
1. Ambil pucuk dan batang kangkung
Masa beli kangkung dekat pasar tu, sila ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk atas sekali dan batang dia.
Kalau ada pucuk, pokok kangkung akan cepat tumbuh. Tapi kalau terpotong pucuknya pun tak apa sebab masih boleh ditanam dan ia akan hidup juga.
2. Rendam
Rendamkan kejap dalam 2/3 hari untuk bagi akarnya keluar. Kadang-kadang saya rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam.
3. Dua cara tanam kangkung
i) Tanam dalam tanah
Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos. Atau kalau tak ada pasir pun tak apa sebab kangkung nak air banyak.
ii) Tanam dalam air bertakung
Boleh juga tanam dalam air bertakung. Saya bubuh tanah ikut nisbah macam cara di atas cuma tak tebuk lubang.
Jadi bila tak ada lubang, airnya akan bertakung dan kelebihannya ialah kita tak perlu siram selalu. Cara ini sesuai untuk yang selalu sibuk.
Tapi kena pastikan tak ada nyamuk yang bersarang dalam takungan air tu ya. Kiranya saya ada sepasu kangkung yang ada lubang dan ada sepasu lagi yang tak ada lubang.
Cuma saya rasa pasu yang ada lubang pokok dia lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.
4. Letak kangkung di tempat redup untuk 2 minggu.
Selepas 2 minggu pindahkan ke tempat panas. Tengok daun dia lecur ke tak bila kena panas. Kalau macam layu atau lecur, pindah balik tempat redup.
5. Lepas 4 minggu boleh tuai
Kangkung ini dah boleh tuai lepas 4 minggu. Kemudian selepas 2 minggu tuai lagi. Atau tuai bila-bila nak masak. Batang pucuk yang dipotong tu boleh ditanam semula.
Kalau nak sentiasa banyak stok, tanamlah banyak-banyak. Saya pun nak tanam lagi beberapa pasu supaya stok sentiasa banyak.
Mudah kan?
Selamat mencuba.
Sumber: Fatimah Naamat