Makan

Lamanya Tak Makan Pisang Rebus, Buat Punyalah Senang. Cicah Dengan Kelapa Gula Memang Sedap

Share

Masa kecil-kecil dulu mesti ramai yang pernah makan pisang rebus ini. Makan waktu dah  suam, cicah dengan kelapa yang digaul dengan garam dan gula. Simple tapi sedap sangat.

Cuma sekarang ini menu ini dah lama tak dihidangkan. Malah ramai yang tak tahu ada hidangan begini.

Supaya menu nostalgia ini tak dilupakan boleh cuba buat di rumah. Boleh guna pisang nangka, pisang abu, pisang awak, atau pisang nipah.

Cara membuat

1. Cuci bersih pisang.

2. Masukkan dalam periuk bersama dengan air dan garam.

3. Rebus selama 5-10 minit sampai naik aroma wangi pisang. Jangan rebus lama sangat ya.

4. Kemudian boleh angkat dan tos pisang.

Buat untuk makan petang, selain sedap ia juga sihat dan mengenyangkan.

Selamat mencuba.

Sumber : Sarimah Salleh & Cikbie CikHan

Published by
VK