Bagi yang bakal bergelar bapa, selain perlu mengetahui cara penjagaan bayi baru lahir, penjagaan isteri dalam pantang, yang ini juga penting.
Kerana sebelum semua itu dilalui bakal bapa terlebih dahulu kena tahu cara menguruskan uri sebelum ditanam. Perkongsian daripada bapa 5 anak ini Azlannor Fadzilah boleh dijadikan panduan.
Dah tanam 5 uri sebelum ini
Alhamdulillah, selesai sudah membasuh dan menanam uri baby baru pagi ini. Setakat ini saya telah menguruskan sendiri ke semua lima uri untuk kelahiran anak-anak saya.
Uri perlu diuruskan dengan sehabis baik kerana ia adalah sebahagian dari organ manusia. Jadi di sini saya kongsikan cara bagaimana saya menguruskan uri selama ini.
Ikuti beberapa langkah mudah berikut. Mungkin ada yang serba lengkap dalam urusan ini. Cara saya ini ringkas dan mudah. Jadi para suami boleh lakukannya sendiri.
1. Ada tiga perkara utama yang diperlukan di sini;
2. Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.
3. Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.
4. Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air keatas uri tersebut.
5. Untuk lebih mudah masukkan uri didalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.
6. Ambil sedikit garam dan asam jawa.
7. Letakkan garam dan asam jawa pada uri.
8. Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.
9. Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa.
10. Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.