Ketumbit antara masalah mata yang biasa berlaku. Tapi bila terkena kita rasa segan sikit bukan saja kerana ia jelas kelihatan tapi sejak dulu orang asyik kaitkan masalah ini dengan perbuatan mengintai.

Sebab itu kalau boleh kita  nak ketumbit ini cepat surut. Supaya lekas hilang, berikut adalah cara rawatannya yang boleh kita lakukan di rumah. Ia dikongsi oleh Dr Azlindarita Aisyah, yang juga Pakar Oftamologi.

Punca ketumbit bukan sebab mengintai

Sebelum itu kenalah tahu juga penyebabnya yang pasti ia bukan dari perbuatan mengintai ya.

Ketumbit terjadi dari bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat:

1. Kelemumur pada bulu mata (blephritis)
2. Eyeliner yang tidak dibersihkan
3. Habuk dan kotoran (contoh penunggang motorsikar, pekerja tapak binaan dan sebagainya.

Nama saintifik

  • Chalazion – jika tidak sakit
  • Stye – jika sakit, merah dan dijangkiti kuman

Cara rawatan

  1. Peralatan yang diperlukan adalah putik kapas, aiir suam, syampu bayi yang tak pedihkan mata.

Langkah Rawat Masalah Ketumbit Supaya Cepat Sembuh

2. Letak beberapa titis syampu dalam air suam. Kacau supaya jadi macam air sabun. kemudian celup putik kapas dalam air. Bersihkan kelopak mata di kawasan bulu mata. Langkah ini dinamakan Lid Hygiene.

IKLAN

Langkah Rawat Masalah Ketumbit Supaya Cepat Sembuh

3. Selepas mata bersih, sediakan air suam yang bersih (bukan air sabun tadi) dalam mangkuk kaca dan sebatang sudu besi. Celupkan sudu besi dalam mangkuk supaya sudu jadi suam.

Langkah Rawat Masalah Ketumbit Supaya Cepat Sembuh

4. Uji atau cuba rasa kepanasan sudu. Agak-agak boleh tahan panas, tidak melecur maka boleh lakukan langkah seterusnya.

IKLAN

Langkah Rawat Masalah Ketumbit Supaya Cepat Sembuh

5. Tuam sudu tadi pada kelopak mata yang ada ketumbit dalam tempoh 3 minit. Guna stop watch. Tujuannya supaya saluran kelenjar yang tersumbat kembang dan beri laluan untuk kotoran keluar.

Selain itu:  Cara Tanam Bendi Dalam Polibeg, Tip Pokok Rendah Tapi Dah Berbuah

Langkah Rawat Masalah Ketumbit Supaya Cepat Sembuh

6. Selepas tiga minit, ambil antibiotik (jangan beli sendiri, dapatkan dari doktor) letakkan ke dalam mata. Caranya tarik kelopak mata dan masukkan antibiotik.

IKLAN

Langkah Rawat Masalah Ketumbit Supaya Cepat Sembuh

7. Pegang kelopak mata 30 saat supaya ubat meresap masuk. Jika terus tutup nanti ubat terkeluar.

Langkah Rawat Masalah Ketumbit Supaya Cepat Sembuh

Jika selepas dua minggu ketumbit belum sembuh, mungkin perlu operation sedikit untuk keluarkan nanah.

Langkah Rawat Masalah Ketumbit Supaya Cepat Sembuh

Lepas ni kalau kena ketumbit, inilah rawatannya ya. Selamat mencuba.

Sumber: Dr Azlindarita Aisyah

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI