Ketumbit antara masalah mata yang biasa berlaku. Tapi bila terkena kita rasa segan sikit bukan saja kerana ia jelas kelihatan tapi sejak dulu orang asyik kaitkan masalah ini dengan perbuatan mengintai.
Sebab itu kalau boleh kita nak ketumbit ini cepat surut. Supaya lekas hilang, berikut adalah cara rawatannya yang boleh kita lakukan di rumah. Ia dikongsi oleh Dr Azlindarita Aisyah, yang juga Pakar Oftamologi.
Sebelum itu kenalah tahu juga penyebabnya yang pasti ia bukan dari perbuatan mengintai ya.
Ketumbit terjadi dari bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat:
1. Kelemumur pada bulu mata (blephritis)
2. Eyeliner yang tidak dibersihkan
3. Habuk dan kotoran (contoh penunggang motorsikar, pekerja tapak binaan dan sebagainya.
2. Letak beberapa titis syampu dalam air suam. Kacau supaya jadi macam air sabun. kemudian celup putik kapas dalam air. Bersihkan kelopak mata di kawasan bulu mata. Langkah ini dinamakan Lid Hygiene.
3. Selepas mata bersih, sediakan air suam yang bersih (bukan air sabun tadi) dalam mangkuk kaca dan sebatang sudu besi. Celupkan sudu besi dalam mangkuk supaya sudu jadi suam.
4. Uji atau cuba rasa kepanasan sudu. Agak-agak boleh tahan panas, tidak melecur maka boleh lakukan langkah seterusnya.
5. Tuam sudu tadi pada kelopak mata yang ada ketumbit dalam tempoh 3 minit. Guna stop watch. Tujuannya supaya saluran kelenjar yang tersumbat kembang dan beri laluan untuk kotoran keluar.
6. Selepas tiga minit, ambil antibiotik (jangan beli sendiri, dapatkan dari doktor) letakkan ke dalam mata. Caranya tarik kelopak mata dan masukkan antibiotik.
7. Pegang kelopak mata 30 saat supaya ubat meresap masuk. Jika terus tutup nanti ubat terkeluar.
Jika selepas dua minggu ketumbit belum sembuh, mungkin perlu operation sedikit untuk keluarkan nanah.
Lepas ni kalau kena ketumbit, inilah rawatannya ya. Selamat mencuba.
Sumber: Dr Azlindarita Aisyah