Latih Anak Jadi Imam Sejak Kecil Amalan Suami Isteri 3 Anak Cemerlang Maahad Tahfiz

Share

 

Ketika kita dihidangkan secara bertubi-tubi berita remaja yang tenat akhlak, sejuk rasanya hati bila membaca kisah kejayaan ibu bapa mendidik tiga anak ini.

Betapa didikan al-quran itu membantu bukan saja akademik tapi akhlak seorang anak. Inilah yang dipraktikan oleh Ust Dato’Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan zaujah Datin Nik Zulaili.

Hasilnya baca saja kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh anak pasangan ini seperti yang dikongsi di laman Facebook Maznah Mukhtar

Sekalung tahniah buat Ustaz Dato’ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman dan zaujah Datin Nik Zulaili Nz Ny Nzny serta anak-anak.

Sebenarnya sudah lama saya dan sahabat-sahabat mengagumi cara, uslub serta pendekatan pendidikan anak-anak mereka.

Tegas dalam santai

Terbaharu , anakanda sulungnya Anas, kini mahasiswa UIAM, telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan sempena Sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Negeri dan pada hari ini dianugerahkan Pelajar Mithali YIK 2017.

Semalam 3 putera mereka menerima anugerah tertinggi kecemerlangan dalam setiap peperiksaan awam sempena Mesyuarat Agong PIBG & Penyampaian Hadiah di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong.

Hari ini putera-putera mereka turut menerima Anugerah Khas Kecemerlangan dalam setiap peperiksaan sempena Hari Yayasan Islam Kelantan.

Pada 4 April 2017 artikel saya bertajuk Al-Quran Penyuluh Kecemerlangan dalam ruangan Ibrah di Utusan Malaysia tentang rahsia kejayaan Amir yang diangkat sebagai Pelajar Terbaik SPM 2016 kerana memperoleh 12A .

Rahsia didikan

Ringkasan rahsia didikan hebat pasangan Ust. Dato’ Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman dan Datin Nik Zulaili :

  • Solat jemaah di masjid setiap waktu.
  • Membaca dan mengulangi hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk sehari.
  • Menjadikan rumah sebagai taman ilmu dengan mewujudkan perpustakaan dipenuhi dengan buku sebagai teman.
  • Rumah tiada televisyen bagi mengelakkan lagha dan leka.
  • Gajet dibenarkan tetapi dengan kawalan masa dan suasana.
  • Menghidupkan budaya ilmu dan menghormati guru.
  • Sejak kecil dilatih menjadi imam dan didedahkan sebagai pendakwah.
  • Restu ayahbonda dan doa menjadi azimat mengiringi keberkatan usratun saiedah.

Buat sekian kalinya, syabas untuk kedua-dua ibu bapa mithali ini dalam merintis kejayaan menuju mardhatillah…

Sumber: Maznah Mukhtar

Published by
VK