Ada masa kita nak makan lauk yang ringkas-ringkas saja, dah tak mahu gulai atau sambal yang berminyak atau berlemak.
Kalau datang selera macam ni boleh buat ikan singgang kuning ini. Dalamnya dah ada sayur jadi tak perlu buat sayur goreng. Paling best bila buat ikan singgang kuning ini adalah bab hirup kuahnya. Memang sedap.
Bagi yang tak pernah buat boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Mizah Ngatiman ini. Katanya nak guna ikan apapun boleh untuk buat singgang kuning ini, sama ada selar, kembung, parang atau siakap.
Boleh juga jadikan menu ibu dalam pantang, sebaiknya lebihkan kunyit, halia dan letak lada hitam.
Ads
Lauk ikan singgang kuning
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1 batang serai-diketuk
Asam jawa
2 tangkai lada besar
1 batang bunga kantan (potong dua)
Bahan ditumbuk
1sb ketumbar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
Ads
Cara membuat:
1. Tumis bahan tumbuk dan serai dengan sedikit sahaja minyak. Biarkan layu
2. Letak air secukupnya ikut banyak mana kuah kita suka. Biarkan mendidih.
Ads
3. Masuk ikan, Letak cili, bunga kantan, asam keping dan garam secukupnya
4. Akhir sekali masukkan bendi, bila sayur masak tutup api. Siap.
Jika dua hari lepas kita menyaksikan situasi pembelian panik di pasar raya, semalam pula lain keadaannya. Menjelang malam orang ramai berkumpul di balai polis terdekat untuk mendapatkan pelepasan keluar daerah/ negeri selepas diarahkan berbuat demikian apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini.
Ramai yang mengambil kesempatan selama tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan untuk pulang ke kampung. Namun akibat kesesakan yang berlaku, arahan tersebut ditarik balik malam tadi.
Pun begitu sebagai tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat supaya virus ini tidak menular, kita diminta untuk tidak keluar daerah/negeri. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pengecualian pergerakan rentas negeri ini hanya dibolehkan untuk sebab berikut:
1. Kematian ahli keluarga terdekat 2. Sakit tenat ahli keluarga terdekat 3. Rawatan perubatan diri sendiri dan ahli keluarga
Meski permit pelepasan pergerakan antara negeri ditangguhkan sementara waktu diharap orang ramai mematuhi perkara ini.
Tempoh 14 hari kawalan pergerakan ini adalah untuk memutuskan rangkaian jangkitan virus Covid-19 yang telah menyaksikan dua kematian di Malaysia semalam.
Bagi yang minat bercucuk tanam terutama yang tinggal di flat atau apartment, masalah laman atau tiada kawasan buang alasan. Mereka akan kreatif guna pelbagai bekas untuk bercucuk tanam dari botol, polibeg, pasu dan sebagainya.
Tapi supaya tanaman menjadi jika menanam dalam bekas atau pasu ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Dipetik dari Kebun Bandar berikut adalah perkara yang perlu dijaga.
1. Lokasi pasu
Di mana tempat kita hendak meletakkan pasu dan bekas tanaman kita. Adalah lebih baik jika kita letak pada tempat yang ada cahaya matahari seperti di tepi tingkap dan di tepi bangunan.
2. Tanaman
Kita juga perlu tahu jenis tanaman apa yang hendak ditanam di dalam bekas. Lain tanaman lain penjagaannya. Untuk pemula, dicadangkan menanam kangkung dan bayam kerana kedua tanaman itu sangat senang tumbuh.
Cuba tanam dahulu di dalam bekas dan lihat perkembangannya di lokasi yang telah kita pilih. Kemudian apabila sudah menuai tanaman tersebut, boleh cuba dengan tanaman lain. Mulakan sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. Apa yang penting? – Pengalaman.
3. Pengairan
Ramai yang ingat tanam menggunakan bekas tidak perlukan sistem pengairan yang baik. Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman. Pengairan bermaksud air siraman diserap oleh pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman.
Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan dengan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas dan seterusnya boleh menyebabkan kematian pokok. Pastikan setiap bekas yang kita gunakan mempunyai lubang pengairan dibawahnya agar air siraman yang lebih boleh mengalir keluar dari pasu. Ingat! Kita tidak tanam pokok air tetapi kita tanam pokok darat.
4. Baja
Pembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan nutrien tetapi tidak di dalam bekas. Oleh itu selalulah bekalkan kompos sebagai baja organik kepada tanaman kita di dalam bekas. Selang selikan dengan baja kimia jika kita lihat kesannya lambat.
5. Media tanaman
Media di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang boleh kita gunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar ataupun kompos sebagai media dalam pasu kita. Untuk penanaman pasu, lebih elok kita guna media yang tidak berat seperti kompos.
Campuran kompos dan tanah atas (top soil) sangat disarankan. Di samping kompos boleh menjadi baja, ia juga bertindak sebagai media yang bagus untuk penanaman pokok kita seperti tanaman sayur. Ringan adalah kunci utama untuk penanaman dalam pasu.
6. Penyiraman
Terdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman.
Terdapat beberapa inovasi yang boleh kita gunakan untuk menyiram secara automatik. Jika ada duit lebih, boleh upgrade menggunakan sistem titisan berasaskan sistem fertigasi. Tetapi jika ingin jimat kos, guna sahaja siraman automatik menggunakan bahan terbuang seperti menggunakan botol plastik.
Pokok bendi ini memang berbaloi tanam. Kalau tanam berbuah tak berhenti, jika betul penjagaannya. Lagi satu cara tanam dan penjagaannya juga cukup mudah.
Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut tip dikongsi oleh Theamrie Arm
Tanam di tanah sekangkang kera tapi bendi buah tak berhenti
Tanam bendi di tanam sekangkang kera tapi bendi buah tak berhenti. Memandangkan ramai tanya macam mana nak tanam bendi, saya beri sedikit tip yang sangat senang.
Tip tanam bendi
Ambil 2 biji benih bendi yg dibeli di kedai. Boleh juga keringkan bendi tua dan ambil benihnya.
2. Masukkan dalam tanah, kedalaman 1 inci saja. Jarakkan 1 kaki kalau nak tanam lebih sepokok (jangan lupa sambil itu selawat)
3. Siram setiap hari benih yang ditanam.
4. Dalam beberapa hari, akan keluar tunas, teruskan rutin siraman setiap hari sampailah pokok bendi besar sedikit.
4. Kemudian barulah bubuh baja sekeliling pokok.
Boleh guna baja ini.
5. Dalam beberapa minggu akan keluar bunga bendi dan boleh lihat hasilnya.
6. Tempoh semai sampai berbuah lebih kurang 7 minggu.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...